dimanche 10 février 2013

Kimbap.

Salam uolss.

kemarin sempena sambutan CNY daerah Rennes, kitaorang buat makan² di rumah FNN. principenya is that everyone must bring something. as aku malas mau pkiaq banyak aku pon buatla kimbap saja. da pernah buat banyak kali sebelum ni. bila da try banyak kali baru berani buat bagi orang rasa. and alhamdulillah, semua orang puji sedap. even aqil si kecik, yang agak memilih makan pun suka ^^

ekceli cara mau buat kimbab ni lebih kurang macam buat sushi ja. cumanya instead of letak cuka dalam nasi tu, kita gantikan dengan minyak bijan. aku sangat suka minyak bijan ni sebab bau dia sedap and dapat menaikkan selera. so walaupun aku agak 'anti' makan sushi aku still bole ngap kimbap hehe.


Bahan² (untuk 4 gulung kimbap):
1 pot nasi khas untuk buat sushi
1/4 cawan minyak bijan
4 keping seaweed
6 batang surimi (1 surimi dipotong 4)
1 biji cili hijau (potong panjang nipis²)
1/2 carrot ( potong panjang nipis²)
2 biji telur
Garam

Cara²:
1) Basuh dan masak nasi macam biasa, cumanya air biar lebih dari sukatan biasa masak nasi, kemudian taburkan sedikit garam.
2) Sementara tu bole sediakan bahan² lain. Letakkan carrot yang suda dipotong panjang di atas kuali yang panas (xperlu letak minyak). Bila suda agak layu, bolehlah diangkat. Kemudian goreng telur dadar 2 kali. hiris panjang².


3) Bila nasi suda masak, tuangkan minyak bijan dan gaul rata².
4) Letakkan nasi di atas seaweed, nipiskan nasi. Kemudian susunkan bahan² di atas. Selepas susun bolehlah digulung dengan penggulung bamboo khas untuk buat sushi.
5) Potong kepada beberapa bahagian. Kimbap sedia untuk dimakan!