samedi 12 octobre 2013

Oreo cupcakes

salam.

harini terai buat oreo cupcakes. and hasilnya sangatlah sedap!! cake xkering and xmanis, ditambah lagi dengan fresh cream cheese frosting  memang umphhla.


Sumber resepi: ma vie en couleurs
Bahan:
50g tepung
50g serbuk koko
1/2 packet gula vanila
1/2 packet serbuk penaik
100g mentega (suhu bilik)
100g gula
2 biji telur
150g cream cheese
100g icing sugar
~20 mini oreo (dipecah²kan)

Cara²:
1) Satukan tepung, serbuk koko, serbuk penaik and gula vanila. Kacau sampai sebati.
2) Dalam bekas yang lain, pukul telur dengan gula.
3) Masukkan adunan telur tadi ke dalam bahan kering. Gaul sampai sebati.
4) Masukkan mentega dan oreo. Gaul lagi.
5) Bakar pada suhu 180°C selama 20-25 minit.
6) Untuk frosting, satukan cream cheese dan gula icing. Sejukkan dalam peti ais selama sejam.
7) bila cupcake da masak bolela hias dengan cream cheese yg enak.

bon appetit! ;)

mercredi 28 août 2013

Red Velvet Cake

salam.

seminggu lagi aku bakal balik ke France. macam besa malasss. so kemarin mama buat cam openhouse + nana's birthday celebration yang sepatutnya di sambut sebulan lagi khas buat nana and aku yang bakal meninggalkan labuan minggu depan. huu. so the best part was that ai ditugaskan buat besday kek nana! XD le voilà hasilnya:


resepi ni ngam buat untuk acuan 5 or 6 inchs. aku buat 2 adunan letak dalam acuan 9 inchs, kek tu jadi cam rendah lepas da bakar tapi bila sda letak cream cheese frosting nampak ok pulak. bolehlah try buat 3 adunan pulak kan.

ai copy paste ja eh resepi ni.
source: azlitamasammanis

Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
1/2 tsp baking soda

Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
3. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

untuk resepi cream cheese frostingnya ai try guna resepi ni;
500g cream cheese
100g butter
2 cawan gula aising
1tsp esen vanilla

but then I don't really like the taste of the butter in this frosting... so next time xpayah letak butter pun xpa. kalo structure dia cam lembik bolehlah ditambahkan cream well sedikit. rasa dia nda akan berubah punya :)


till then. xoxo!

mercredi 20 mars 2013

Sambal tumis udang.

Salam.

2 hari lepas terai masak sambal udang ni. sangat simple and rasa dia bole tahan jugak :)


Bahan²:
Udang (dikopek kulitnya)
2 cm belacan
Air asam jawa
Kentang/ lobak
Gula/ Garam/ penambah rasa

Bahan² kisar:
7-8 keping lada kering
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih

Cara²:
Tumiskan bahan² kisar bersama² dengan belacan sampai pecah minyak. Masukkan udang, sayur, dan air asam jawa. Normally udang akan mengeluarkan air, tapi kalo mau lebih kuah bolehlah ditambah sedikit air. Biarkan masak. Sesuaikan rasa. Sedia untuk dimakan! :)

Le voilà. till then. take care!

lundi 4 mars 2013

Colourful Vanilla Muffins

Salam.

kemarin sempena majlis makan² di rumah TJ, aku terai buat muffins vanilla warna-warni. resepi ni jumpa di youtube, buat yang bole paham french bolehla rujuk vid di bawah ni :)


bahan² A:
160g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 packet gula vanilla
120g brown sugar (sucre blond)
120 ml susu segar
1 biji telur
pewarna (biru, kuning, merah)

bahan² topping:
100g icing sugar
pewarna
sedikit air

cara²:
1) Campurkan bahan² A kecuali pewarna dan kacau sampai sebati. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, kemudian letakkan 3 pewarna berlainan. 
2) Masukkan sesudu adunan setiap warna ke dalam acuan kertas muffin. Kalo ikut video ni, letak warna merah dulu, kuning and last² letakkan warna biru. 
3) Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 10-15 minit, try cucuk ngan batang lidi kalo lidi tu keluar bersih ertinya muffins suda masak. Biarkan sejuk selama lebih kurang 10 minit. 
4) Sementara tu siapkan topping. Campurkan sedikit demi sedikit air dalam icing sugar sampailah dapat solution yang creamy and viscous, kemudian masukkan pewarna. 
5) Sapukan gula icing tadi atas muffin, dalam beberapa minit gula icing tu akan mengeras.


muffins sedia untuk dimakan! bole dimakan terus panas² or bole disimpan dalam frigo untuk dimakan keesokan harinya. bon app! ;)

vendredi 1 mars 2013

Daging Black Pepper.

salam.

harini mau kongsi resepi daging black pepper nih. dulu time awal² datang france selalulah angkut instant black pepper tapi xsedap sangat, maybe sebab tu aku stop masak dish ni.. adalah dalam beberapa bulan lepas tiba² teringin mau makan, so teraila masak sendiri. ekceli senang ja and shockingly lagi sedap dari yang instant punya dulu! since then this dish jadi feveret aku ^^


Bahan²:
250g daging dihiris²
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
Black pepper
Tomato
Mushroom (boleh juga letak sayur lain ikut citarasa)
Bawang dihiris² sebagai hiasan
garam & penambah rasa

Bahan² kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara²:
Tumiskan bahan² kisar sampai wangi. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin, black pepper, daging, tomato dan mushroom. Biarkan masak sampai daging jadi empuk. Lastly, try rasa, kalo xcukup masin baru letak garam sebab kicap tadi pun sudah masin.. 

Le voilà~ siap untuk dimakan! ;) memang sedap sangat² bila dimakan dengan nasi panas².

A plus! =)

dimanche 10 février 2013

Kimbap.

Salam uolss.

kemarin sempena sambutan CNY daerah Rennes, kitaorang buat makan² di rumah FNN. principenya is that everyone must bring something. as aku malas mau pkiaq banyak aku pon buatla kimbap saja. da pernah buat banyak kali sebelum ni. bila da try banyak kali baru berani buat bagi orang rasa. and alhamdulillah, semua orang puji sedap. even aqil si kecik, yang agak memilih makan pun suka ^^

ekceli cara mau buat kimbab ni lebih kurang macam buat sushi ja. cumanya instead of letak cuka dalam nasi tu, kita gantikan dengan minyak bijan. aku sangat suka minyak bijan ni sebab bau dia sedap and dapat menaikkan selera. so walaupun aku agak 'anti' makan sushi aku still bole ngap kimbap hehe.


Bahan² (untuk 4 gulung kimbap):
1 pot nasi khas untuk buat sushi
1/4 cawan minyak bijan
4 keping seaweed
6 batang surimi (1 surimi dipotong 4)
1 biji cili hijau (potong panjang nipis²)
1/2 carrot ( potong panjang nipis²)
2 biji telur
Garam

Cara²:
1) Basuh dan masak nasi macam biasa, cumanya air biar lebih dari sukatan biasa masak nasi, kemudian taburkan sedikit garam.
2) Sementara tu bole sediakan bahan² lain. Letakkan carrot yang suda dipotong panjang di atas kuali yang panas (xperlu letak minyak). Bila suda agak layu, bolehlah diangkat. Kemudian goreng telur dadar 2 kali. hiris panjang².


3) Bila nasi suda masak, tuangkan minyak bijan dan gaul rata².
4) Letakkan nasi di atas seaweed, nipiskan nasi. Kemudian susunkan bahan² di atas. Selepas susun bolehlah digulung dengan penggulung bamboo khas untuk buat sushi.
5) Potong kepada beberapa bahagian. Kimbap sedia untuk dimakan!

samedi 26 janvier 2013

Pizza.

Salam.

harini aku puasa, semangat mau abiskan puasa qada' time winter ni sebab waktu puasa dia pendek hehe. so untuk berbuka aku try untuk buat pizza. ekceli suda pernah buat haritu tapi nda brapa jadi sebab crust dia keras. kalini alhamdulillah berjaya ^^

sumber: Pizza facile
bahan² doh:
~200g tepung gandum
3 sudu minyak
1 peket yis (dilute dalam 20 ml air panas)
garam
gula

bahan² topping:



purée tomato, cendawan dalam tin, ayam, capsicum, surimi (kalo xmau letak pon xpa), mozarella..

Cara² buat:
1) Masukkan tepung, minyak, yis yang telah dilarutkan dalam air panas, garam dan gula, kemudian gaulkan sehingga menjadi doh. Doh suda sedia apabila kita try untuk cucuk sedikit doh, permukaan doh 'melantun' kembali kepada bentuk asal. Biarkan doh dalam bekas tadi, tutup dengan aluminium foil, biarkan selama lebih kurang setengah jam untuk mendapatkan crust yang rangup. Kalo mau crust yang lembut, biarkan 2-3 jam.

2) Tuangkan sedikit minyak di atas acuan, ratakan. Lenyekkan doh tadi atas acuan, kemudian sapukan purée tomato. Hiaskan pizza dengan ayam, surimi, capsicum yang dipotong kecil dan cendawan. Akhir sekali taburkan cheese mozarella.

3) Bakar pizza pada suhu 200°C selama lebih kurang 20 minit atau sehingga permukaan pizza jadi kekuningan.


bon appétit! ;)