lundi 4 mars 2013

Colourful Vanilla Muffins

Salam.

kemarin sempena majlis makan² di rumah TJ, aku terai buat muffins vanilla warna-warni. resepi ni jumpa di youtube, buat yang bole paham french bolehla rujuk vid di bawah ni :)


bahan² A:
160g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 packet gula vanilla
120g brown sugar (sucre blond)
120 ml susu segar
1 biji telur
pewarna (biru, kuning, merah)

bahan² topping:
100g icing sugar
pewarna
sedikit air

cara²:
1) Campurkan bahan² A kecuali pewarna dan kacau sampai sebati. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, kemudian letakkan 3 pewarna berlainan. 
2) Masukkan sesudu adunan setiap warna ke dalam acuan kertas muffin. Kalo ikut video ni, letak warna merah dulu, kuning and last² letakkan warna biru. 
3) Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 10-15 minit, try cucuk ngan batang lidi kalo lidi tu keluar bersih ertinya muffins suda masak. Biarkan sejuk selama lebih kurang 10 minit. 
4) Sementara tu siapkan topping. Campurkan sedikit demi sedikit air dalam icing sugar sampailah dapat solution yang creamy and viscous, kemudian masukkan pewarna. 
5) Sapukan gula icing tadi atas muffin, dalam beberapa minit gula icing tu akan mengeras.


muffins sedia untuk dimakan! bole dimakan terus panas² or bole disimpan dalam frigo untuk dimakan keesokan harinya. bon app! ;)

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire