dimanche 3 juin 2012

Peach cobbler.

salam.

kelmarin tengah hari tj and isteri jemput kitaorng makan² kat rumah dia. so aku pun teraila buat peach cobbler. tahu pasal peach cobbler ni pun sebab baca novel hlovate hehe.

bahan²:
75g butter
125g gula
250g tepung
1 paket serbuk penaik
50cl susu
4 biji peach / nectarines
3/4 cawan air
sedikit garam

cara²:
1) panaskan oven pada suhu 180 °C.
2) masukkan mentega dan gula. kacau sampai jadi creamy.
3) dalam satu bekas lain, masukkan tepung, serbuk penaik dan garam. kemudian masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
4) ratakan campuran mentega dan gula di atas permukaan acuan. kemudian masukkan campuran yang satu lagi diatasnya.
5) taburkan peach di atas adunan tadi. taburkan rata² sedikit gula di atasnya.


6) tuangkan air atas adunan tadi (yes, tuang! :D)
7) bakar dalam oven selama 45 - 1h atau sehingga jadi kekuning²an.

hasilnya,


 tadaaa!! looks nice kan? :)) cubalah!

Roti daging.

salam!

jumaat lepas, lab tempat aku praktikal ada buat makan². so ideanya semua orang kena bawa potluck masing². oleh sebab aku tau kalo ak xbawa apa² makanan yang xberat nanti aku xakan makan (manala tau masing² pun bawak porc or jambon ka xka naya tu), so aku pun buatla roti daging. cara penyediaan dia xdala susah mana, cuma macam besalah kena rajin bertukang sket kat dapur. and hasilnya, diorang sangatlah suka ngan roti ni. siap ada yang minta resepi lagi! suka sangat!! :))


bahan²:
9 keping roti
2 biji kentang (potong dadu)
3 biji bawang besar (potong dadu)
1 sudu setengah kari (kalo nak pedas lagi boleh tambah)
200g daging hancur
sedikit dada ayam (xletak pun xpa)
2 biji telur
garam

cara² buat:
1) tumiskan bawang, kemudian masukkan daging, ayam dan kentang. masukkan serbuk kari (xpayah letak air sebab nanti daging and ayam akan keluarkan air sendiri). gaul rata².biarkan mendidih.masukkan sedikit garam. setelah masak biarkan sejuk untuk seketika.
2) leperkan roti dengan penggiling. letakkan sedikit telur yang sudah dikacau di atas permukaan roti. letakkan isi daging dan rollkan roti. untuk lebih senang, i used rolleur sushi :D
3) celupkan roll tersebut kat telur dan goreng sehingga kekuning²an. kemudian potong kecil². hidangkan.