samedi 17 mars 2012

Makaroni bakar.

salam.


sempena menyambut kedatangan tetamu yang datang dari Dublin minggu lepas, dila pun tryla buat makaroni bakar. first tryla ni, dulu penah makan, tapi macam besala, orang lain yang buatkan hee :D not badla jugak walaupun men hentam ja :D


Bahan²:
250g makaroni (dimasak dalam air mendidih)
400g pes tomato spaghetti (dila guna jenama Panzani)
250g daging kisar
Sebiji bawang (dihiris²)
Cendawan dalam tin 
Cheese parut

Bahan² untuk sos bechamel:
250g susu
1 sudu tepung
Sedikit butter

Cara² buat:
1) tumiskan bawang. kemudian masukkan daging. kacau sehingga daging masak.
2) masukkan pes tomato beserta cendawan dalam tin yang dihiris² nipis. biarkan seketika.
3) kemudian masukkan makaroni yang sudah masak tadi. gaul rata.
4) panaskan oven pada suhu 180°C.
4) untuk sos bechamel, masukkan kesemua bahan tadi dan kacau di atas api sederhana sehingga sos menjadi pekat.
5) masukkan adunan makaroni tadi dalam acuan. kemudian ratakan sos bechamel di atasnya. taburkan cheese parut. masak dalam oven pada suhu 180°C selama 30-40 minit atau sehingga permukaan adunan jadi kekuning²an.

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire