dimanche 18 mars 2012

Tiramisu

salam.

kemarin buat tiramisu. macam besalah teringinn :D so I searched for recipes di youtube and found one. hasilnya, sedapp tapi manis >< nampaknya nanti len kali kena kurangkan gula. sumber sila klik sini (attention: vid ni in french :) )


Bahan²:
~ 25 batang biskut lady finger
3 biji telur
250g gula (lain kali just letak 200g untuk kurangkan manis)
250g mascarpone / cream cheese
sedikit garam
air nescafé yang telah disejukkan
serbuk koko sebagai hiasan

Cara² buat:
1) asingkan putih and kuning telur dalam 2 mangkuk yang berbeza.
2) tambahkan gula dalam kuning telur dan kacau dengan senduk kayu sampai dia kembang. kemudian masukkan mascarpone dan kacau sebati.
3) tambahkan secubit garam ke dalam putih telur dan kacau dengan mixer sampai kembang. fungsi garam tu supaya senang and cepat putih telur kembang.
4) tuangkan putih telur ke dalam mangkuk yang lagi satu, dan kacau perlahan².
5) celupkan biskut ke dalam air nescafé dan cepat² susun di atas permukaan tupperware. kemudian sapukan campuran cream tadi. ulang langkah ni sampai cream habis.
6) taburkan serbuk koko atas kek. sejukkan dalam peti sejuk selama sekurang²nya 3 jam. hidangkan.

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire