vendredi 25 janvier 2013

Nasi Ayam.

salam.

it's the weekend again! macam besa, harini mengidam macam². terbayanglah pulakkan kesedapan nasi ayam. miamm. lama suda nda buat. dulu first time buat rasa susah and banyak kerja, tapi bila da buat banyak kali rasa xdalah susah sangat pon. hee bole x gediknya statement tuh :p le voila hasilnya :)


Bahan untuk sup ayam:
2 potong ayam
1 biji bawang besar(dihiris²)
2 ulas bawang putih (dihiris²)
2 inci halia
1 kiub ayam
tomato
garam/penambah rasa

Bahan untuk nasi:
kunyit
sedikit butter
kismis
garam

Bahan untuk perap ayam:
1 biji bawang besar (dihiris²)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
madu (untuk disapu atas ayam lepas ayam dibakar)

Bahan sambal:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4-5 keping lada kering
2 inci halia

Cara²:
1) Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan tomato, kemudian masukkan air dan kiub ayam. Masukkan ayam, biarkan reneh lebih kurang 20-25 minit dengan api yang sederhana.

2) Sementara tu bole sediakan bahan perap ayam. Campurkan bawang besar, bawang putih, kicap masin, kicap manis dan sos tiram dalam satu mangkuk. Keluarkan ayam daripada sup dan campurkan dengan bahan perap tadi. Biarkan seketika. Panaskan oven pada suhu 200 °C. Letakkan ayam di atas besi lobang² dalam oven, jangan lupa letak acuan besi oven di bawah besi tadi supaya 'kuah' dari bahan perap tadi tidak mengotori kawasan bawah oven. Biarkan lebih kurang 10 minit atau sampai permukaan ayam kehitaman, sapukan madu dan terbalikkan ayam. Selepas 10 minit ulang langkah menyapu madu tadi. 

3) Gunakan sup ayam yang direneh tadi untuk masak nasi. Taburkan sedikit kunyit, masukkan kismis, butter dan garam. Masak dengan rice cooker seperti biasa.

4) Untuk sambal, tumis bahan² kisar tadi, kemudian masukkan gula, garam dan penambah rasa. Boleh juga dimasukkan air asam jawa jika mau.

Jadilah nasi ayam! sedap dimakan dengan salad dan sup ayam panas² especially time sejuk² camnih. itadakimasu! ^^

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire