samedi 19 novembre 2011

Nasi Hujan Panas.

salam.


Bahan²:
1 1/2 pot beras
~20 g mentega
secubit kunyit
kismis
pewarna
garam

Cara² buat:
Panaskan rice cooker, then masukkan mentega, tunggu sampai cair.Masukkan  beras yang sudah dicuci di satu mangkuk lain, masukkan air, kunyit, garam dan kismis dan masak macam biasa. Bila nasi sudah hampir masak, titikkan beberapa titik pewarna. Gaul nasi tu supaya warna dia 'berterabur' bila nasi sudah masak. siap!

Ayam Kicap Berempah Harum.

Salam.

try satu lagi resepi ayam masak kicap.sumber dia di sini.tapi oleh kerana kekurangan bahan, contohnya macam kicap pekat,kicap manis and lengkuas xla dimasukkan. so gambar kitaorang pun xsama :D apa² pun, dia tetap best! :)


Bahan²:
300-400g ayam
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato / purée tomato
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ladan hitam
Rempah tumis (bunga lawang, daun cengkih etc)
lobak or ubi (ikut cita rasa sendiri)
garam

Bahan² kisar:
1 bawang besar
2 ulang bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
4-5 keping lada kering

Cara²:
Tumis bahan² tumis dengan rempah tumis sampai pecah minyak. Masukkan kicap, sos tiram dan purée tomato, kemudian barulah dimasukkan ayam and jangan lupa tambah sedikit air. Biarkan mendidih. Masukkan lada hitam,jintan dan garam. Kacau lagi sampailah ayam masak. Hidangkan.


p/s: kalo rajin bolehlah digoreng dulu ayam tu. tapi kalo malas masukkan ja trus time masak like what i did, ok ja :)

Telur Bersos Tiram.

Salam.


Bahan²:
2 biji telur
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu sos cili 
1 sudu sos tiram
1/2 sudu purée tomato
garam, gula

Cara² buat:
Goreng telur, kemudian letak di tepi.Kisar bawang putih dan bawang besar. Tumis sampai pecah minyak.Masukkan sos cili, sos tiram dan purée tomato dan gaul sampai sebati. Campurkan gula/ garam ikut cita rasa sendiri, kemudian tuangkan sos di atas telur yang sudah digoreng tadi. 

Voilà bolehlah masak masakan ni ja kalo malas mau masak:) 

lundi 7 novembre 2011

Nasi impit dan kuah kacang.

salam.

sehari sebelum raya haji, ramainya lahai yang buat status mau makan itu ini di fb, sampaikan aku pun tais liur jadinya mau makan nasi impit sama kuah kacang. nasi impit ekspres xda, kuah kacang apatah lagi. tapi sebab siyes² rasa mau makan, so try jalah buat, alhamdulillah jadi! :)

Nasi Impit



Bahan²:
3 pot beras
7 pot air
garam

Cara² buat:
Masak 3 pot beras dengan 7 pot air di rice cooker macam besa, tambah garam sikit. Bila sda masak, masukkan nasi panas² dalam plastik sejuk beku ( sac de congélation) saiz kecil 18cm x 20 cm dan mampatkan. Lepastu buat beberapa lubang di plastik dengan pisau,biarkan sejuk.Kalo teda plastik, mampatkan di acuan pun bole juga.bila sda sejuk tinggal potong ja.ok siap! ^^




Kuah kacang.




Bahan²:
Bahan A (dikisar):
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
5-8 keping lada kering 
2-3 inci halia

Bahan B: 
500g kacang (dikisar halus)
1 gelas santan
3/4 gelas air asam jawa
sebatang serai
garam/gula/penambah rasa

Cara² buat:
1) Tumiskan bahan² A sampai pecah minyak.
2)Masukkan kacang, santan, air asam jawa and serai. Masukkan garam/gula/penambah rasa.
3) Gaul selalu sampailah kuah jadi pekat.Siap! ^^

till then :)

jeudi 3 novembre 2011

Kek Batik Malaysia

Salam.

ni resepi dari mama, and try buat tadi,menjadi, en plus sedap sebab xmanis sangat hehe.suke²!!! ouh aku tau maybe kek batik ni komanla bagi orang sebab aku rasa suma orang pun penah buat tapi kasi canla dekat aku, ni baru fes time aku buat sebab selalunya pigi nyibuk ja makan kek batik orang hihi :D cumanya ada bahan² dia yang kena angkut dari msia, for ex milo n browning, jadi kalo kamu mau improvise sendiri² dengan apa yang ada boleh ja kut (suka atinya ja haha :p )


Bahan²:
10 biji telur
250g mentega
3/4 gelas susu manis
1 gelas milo
2 gelas tepung gandum
2 sudu besar gula browning
1 gelas gula halus
~300 g biskut marie (dipatah²kan)

Cara² buat:
1) pukul gula dengan mentega, lepastu masukkan telur sebiji demi sebiji. kacau.
2) masukkan susu, milo n browning, kacau lagi.
3) last² masukkan tepung. 
4) masak adunan tadi di atas api yang kecil, bila suda masak asingkan sikit adunan tadi di piring len, then masukkan biskut marie dalam adunan yang sda masak tadi.
5) lapis acuan dengan plastik (nanti senang bila mau potong kek).masukkan adunan yang sda dicampur ngan biskut marie and tekan adunan tadi kasi sama rata. 
6) letak adunan yang diasingkan tadi and ratakan. like this kek kita nampak cantik sket sebab xnampakla biskut² marie tukan :)

voila voiluuuu! ^^


mercredi 2 novembre 2011

Udang masak butter.

salam.

this dish is one from my favourite. harini tiba² terasa mau makan so alang² sda masak tu letakla dekat blogkan.manala tau nanti lupa cemana mau masak boleh rujuk di sini:) 


Bahan²:
300g udang 
125g butter
2 biji telur
sedikit susu
tomato
halia
cili padi
sikit kunyit
garam/gula/penambah rasa

Cara² buat:
1) gaul udang (dibuka kulit or x, ikut suka :) ) dengan sedikit kunyit and garam, lepastu goreng.bila sda garing angkat.
2) panaskan kuali, then msukkan butter. bila butter sda cair, masukkan halia, cili padi and tomato.
3) masukkan udang yang sda digoreng tadi, gaul.
4) masukkan 2 biji telur, gaul. 
5) masukkan sedikit susu, gaul lagi.
6) adjust² rasa. siap!

btw, udang tu kena goreng dulu supaya nanti bila kita makan teda rasa udang yang hanyir tuh.dulu aku penah ja trus masukkan udang tu dalam kuah butter, siyes nda sedap. soo mau nda mau kena juga goreng. voila voiluu.

till then :)

mardi 1 novembre 2011

Soto makasar

salam.


kalini mau kongsi resepi soto makasar! :) aku ni memang hantu soto. rasanya setiap minggu aku akan buat soto nih. bukan apa, kalo di Labuan busan² pigi makan soto. so bila nda makan soto tu rasa macam kehilangan plang cewahhh ayat mau bunga² ja kan hahaha. eh sori termerepek plang hihi. ok here goes: 




Bahan²:
sebiji bawang besar (dipotong halus²)
2 ulas bawang putih (dipotong halus²)
seinci halia
sup bunjut
daging (dipotong kecik²)
air (lebih kurang 2 mangkuk )
3/4 cawan santan pekat
125g kacang goreng (dikisar halus)
garam/gula/penambah rasa
p/s: kalo lagi banyak santan n kacang kisar lagi sedap sebab lagi berlemak :D


cara² buat dia senang aja dong :D
1) tumis bawang besar,bawang putih and halia sampai kekuning²an.
2) masukkan air, daging dan sup bunjut. biarkan selama lebih kurang 20-30 min (sampai daging empuk)
3) masukkan kacang goreng yang dikisar tadi then santan lepastu kacau and biarkan 10-15 minit gitu.
4) adjust² rasa. yeay siap!!


senangkan kan kan? tryla buat jugak:D