Affichage des articles dont le libellé est Kek. Afficher tous les articles
Affichage des articles dont le libellé est Kek. Afficher tous les articles

mercredi 28 août 2013

Red Velvet Cake

salam.

seminggu lagi aku bakal balik ke France. macam besa malasss. so kemarin mama buat cam openhouse + nana's birthday celebration yang sepatutnya di sambut sebulan lagi khas buat nana and aku yang bakal meninggalkan labuan minggu depan. huu. so the best part was that ai ditugaskan buat besday kek nana! XD le voilà hasilnya:


resepi ni ngam buat untuk acuan 5 or 6 inchs. aku buat 2 adunan letak dalam acuan 9 inchs, kek tu jadi cam rendah lepas da bakar tapi bila sda letak cream cheese frosting nampak ok pulak. bolehlah try buat 3 adunan pulak kan.

ai copy paste ja eh resepi ni.
source: azlitamasammanis

Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
1/2 tsp baking soda

Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
3. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

untuk resepi cream cheese frostingnya ai try guna resepi ni;
500g cream cheese
100g butter
2 cawan gula aising
1tsp esen vanilla

but then I don't really like the taste of the butter in this frosting... so next time xpayah letak butter pun xpa. kalo structure dia cam lembik bolehlah ditambahkan cream well sedikit. rasa dia nda akan berubah punya :)


till then. xoxo!

mercredi 2 janvier 2013

Kek Durian.

salam uollss.

sori suda lama nda mengupdate blog. been bizehh lately. ngan lab reports yang berlambak kena hantar, exam final sem 1, uruskan internship lagi, jadi nda menang tangan dibuatnya. time² bizeh macam tu memang malas sangat² mau buat projek masak ni, selalunya masak nasi and goreng telur ja. hihi. memang terbaiklah kan anak dara :p btw, Selamat Tahun Baru 2013 korangs. semoga tahun ini lebih baik daripada tahun² sebelumnya, amin :)

kek ni memang da lama mengidam mau makan, dulu time raya mama selalu buat. as always, kek durian ni memang laku, dalam satu hari ja abis sebab sedap sangat. kek durian ni aku terai buat lepas abis exam aritu. ngam lagi beberapa ari lepas tu aku pegi ke Istanbul untuk bercuti ngan teman², bole la kasi diorang rasa jugak. ala² 2 in 1 gitu.


Bahan²:
325g mentega
7 biji telur
2 gelas tepung
1 gelas isi durian
1/4 tin kecil susu manis
Baking powder

Cara² buat:
Pukul mentega dengan telur sampai rata. Kemudian masukkan tepung sikit², isi durian, susu manis and baking powder. Bakar pada suhu 180 °C selama 30-45 min atau sehingga permukaan kek jadi coklat.

Selamat mencuba! :) 

dimanche 20 mai 2012

Kek pisang.

salam.

ekceli aku xminat pun makan kek pisang. kalo mama belikan kek pisang memang ak pandang sebelah mata jalah, bila sampai sini barulah mau makan kan, gediks! bila buat adunan tu aku xkonfiden pun dia akan jadi, sebab adunan dia xse-liquide adunan kek yang selalu aku buat sebelum² ni. tapi lepas keluar dari oven, it was a total surprise for me: the cake turns out to be a total success, though cik peyn² cakap i should make it more 'moelleux'. oh well, i like it the way it is, so i'm surely gonna make another one for my family this summer for minum petang, mesti best :D


Bahan²:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula
2 biji telur
2-3 biji pisang (dilecek²kan)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak masak
sedikit butter

Cara²:
1) Sapukan butter pada permukaan acuan dan panaskan oven pada suhu 180 °C.
2) Putarkan telur dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanilla, pisang, putar.
3) Kemudian masukkan tepung dan soda bikarbonat, putar lagi.
4) Akhir sekali masukkan minyak dan kacau sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek dan bakar selama lebih kurang 40 minit pada suhu 180 °C.


dan hasilnya, tadaaaa! sedapp!! :D

dimanche 18 mars 2012

Tiramisu

salam.

kemarin buat tiramisu. macam besalah teringinn :D so I searched for recipes di youtube and found one. hasilnya, sedapp tapi manis >< nampaknya nanti len kali kena kurangkan gula. sumber sila klik sini (attention: vid ni in french :) )


Bahan²:
~ 25 batang biskut lady finger
3 biji telur
250g gula (lain kali just letak 200g untuk kurangkan manis)
250g mascarpone / cream cheese
sedikit garam
air nescafé yang telah disejukkan
serbuk koko sebagai hiasan

Cara² buat:
1) asingkan putih and kuning telur dalam 2 mangkuk yang berbeza.
2) tambahkan gula dalam kuning telur dan kacau dengan senduk kayu sampai dia kembang. kemudian masukkan mascarpone dan kacau sebati.
3) tambahkan secubit garam ke dalam putih telur dan kacau dengan mixer sampai kembang. fungsi garam tu supaya senang and cepat putih telur kembang.
4) tuangkan putih telur ke dalam mangkuk yang lagi satu, dan kacau perlahan².
5) celupkan biskut ke dalam air nescafé dan cepat² susun di atas permukaan tupperware. kemudian sapukan campuran cream tadi. ulang langkah ni sampai cream habis.
6) taburkan serbuk koko atas kek. sejukkan dalam peti sejuk selama sekurang²nya 3 jam. hidangkan.

samedi 17 mars 2012

Oreo Cheesecake.

salam.

lama suda nda update blog. uhuk uhuk. so memandangkan hari ni hujan and nda dapat keluar, so bolehla profiter bien harini untuk update blog masak ni :D 2 minggu lepas, dila buat oreo cheesecake. teringin mau makan. and macam my previous cheesecake, cheesecake ni lebih kurang ja cara buat dia. yang pentingnya sedap :D



sila rujuk link ni untuk resepi ehh. malas mau taip banyak² hihi :p

samedi 11 février 2012

Cheesecake mi-Ange mi-Démon

salam.

sebenarnya ni projek weekend minggu lepas, tapi sebab banyak sangat meroyan minggu tu so ndala terupdate² blog. kalau ditranslate nama cheesecake ni jadi cheesecake separuh angel separuh demon. héhé menarek kan? dulu dila pernah try buat cheesecake ni, lepastu teringin mau merasa balik sebab sedapp! and cara mau buat dia pun senang ja. macam buat cheesecake yang dila pernah buat sebelum ni :)


Bahan²:
750g cream cheese
80g gula
100g chocolat chips
4 biji telur
2 sudu sup tepung gandum / jagung
1ml esen vanila
serbuk koko untuk perhiasan

Bahan² crust:
200g biskut (dihancur²kan)
80g coklat (70% kandungan koko)
30g butter

Cara² buat:
- Panaskan oven pada suhu 150 °C.
- Cairkan coklat dengan butter, kemudian campurkan dengan biskut yang sudah dihancur²kan tadi. Tuangkan campuran tersebut ke dalam acuan dan mampatkan. Biarkan di dalam peti sejuk sementara kita menyediakan adunan kek.
- Di dalam satu bekas, kacau telur dan gula, kemudian masukkan tepung, esen vanila dan cream cheese. Kacau hingga sebati. Last sekali masukkan chocolat chip.
- Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan dan biarkan masak dalam oven selama lebih kurang 45 minit.
- Biarkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidangkan.
- Kalau suka boleh taburkan serbuk koko di atas permukaan kek sebagai perhiasan.

dimanche 15 janvier 2012

Blueberry Cheesecake.

salam.

cheesecake yang simple and senang dibuat :)


Bahan²:
200g biskut speculoos
75g mentega
200-300g blueberries
450g cream cheese
150g gula kastor
1 sudu kecil vanilla extract
3 biji telur

Cara²:
1)  Panaskan oven pada suhu 180 °C. Lumurkan minyak/ butter di sekeliing acuan.
2)  Hancur²kan biskut speculoos, kemudian gaulkan dengan mentega. Masukkan dalam acuan dan mampatkan. Taburkan blueberries di atas mampatan tadi, kemudian biarkan di dalam peti ais buat seketika.
3) Kacau cream cheese, gula, vanilla extract dan telur sampai kembang. Tuangkan dalam acuan dan bakar pada suhu 180°C selama 40 minit atau sehingga permukaan kek jadi kekuning²an.
4) Biarkan kek dalam peti ais selama beberapa jam untuk menghasilkan kek yang sejuk dan menyegarkan.

Selamat mencuba!

vendredi 30 décembre 2011

Cheese tart and Chocolate Indulgence Cake.

Salam.

cheese tart ni sda 2 kali dila buat, yang 2nd time buat barulah jadi. rahsianya, pakailah cream cheese and butter jenama président!! (cela applique juste pour ceux qui habitent en France :D) apa² pun, buat cheese tart ni senang ja, cumanya perlukan kesabaran. and siyesslyyyyy heaven! sedap sangat! cubalah!^^


sumber resepi cheese tart:

untuk kek tu sebenarnya mau buat chocolate indulgence cake tapi structure dia nda jadi :( nasib bekla orang² yang merasa di RDH harituh kata sedap hihi :D
sumber resepi chocolate indulgence cake:

punyalah men malas kan tulis kan. men kopi pes ja link. muahahhaha :p

jeudi 3 novembre 2011

Kek Batik Malaysia

Salam.

ni resepi dari mama, and try buat tadi,menjadi, en plus sedap sebab xmanis sangat hehe.suke²!!! ouh aku tau maybe kek batik ni komanla bagi orang sebab aku rasa suma orang pun penah buat tapi kasi canla dekat aku, ni baru fes time aku buat sebab selalunya pigi nyibuk ja makan kek batik orang hihi :D cumanya ada bahan² dia yang kena angkut dari msia, for ex milo n browning, jadi kalo kamu mau improvise sendiri² dengan apa yang ada boleh ja kut (suka atinya ja haha :p )


Bahan²:
10 biji telur
250g mentega
3/4 gelas susu manis
1 gelas milo
2 gelas tepung gandum
2 sudu besar gula browning
1 gelas gula halus
~300 g biskut marie (dipatah²kan)

Cara² buat:
1) pukul gula dengan mentega, lepastu masukkan telur sebiji demi sebiji. kacau.
2) masukkan susu, milo n browning, kacau lagi.
3) last² masukkan tepung. 
4) masak adunan tadi di atas api yang kecil, bila suda masak asingkan sikit adunan tadi di piring len, then masukkan biskut marie dalam adunan yang sda masak tadi.
5) lapis acuan dengan plastik (nanti senang bila mau potong kek).masukkan adunan yang sda dicampur ngan biskut marie and tekan adunan tadi kasi sama rata. 
6) letak adunan yang diasingkan tadi and ratakan. like this kek kita nampak cantik sket sebab xnampakla biskut² marie tukan :)

voila voiluuuu! ^^