vendredi 30 décembre 2011

Sambal Ayam Goreng.

Salam.

baru ja sampai rumah semalam. tadi tiada idea mau masak apa. so oleh sebab ada ayam saja dalam fridge, kita masaklah ayam lagi harini kehhh :D


Makan untuk 2 oghang.
Bahan²:
2 ketul ayam ( diperap dengan sedikit serbuk kunyit dan garam)
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam/gula/penambah rasa

Bahan² kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 batang serai
5 biji cili padi
5 keping lada kering

Cara² buat:
Goreng ayam yang diperap tadi sampai garing. Tumiskan bahan² dikisar, kemudian masukkan belacan, air asam jawa, gula, garam, penambah rasa. Tuangkan di atas ayam yang di goreng tadi. Siap!

aim sda resepi ni yang bakal di masak time malas nanti hihih :D

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire