Affichage des articles dont le libellé est Italian's dish. Afficher tous les articles
Affichage des articles dont le libellé est Italian's dish. Afficher tous les articles

samedi 26 janvier 2013

Pizza.

Salam.

harini aku puasa, semangat mau abiskan puasa qada' time winter ni sebab waktu puasa dia pendek hehe. so untuk berbuka aku try untuk buat pizza. ekceli suda pernah buat haritu tapi nda brapa jadi sebab crust dia keras. kalini alhamdulillah berjaya ^^

sumber: Pizza facile
bahan² doh:
~200g tepung gandum
3 sudu minyak
1 peket yis (dilute dalam 20 ml air panas)
garam
gula

bahan² topping:



purée tomato, cendawan dalam tin, ayam, capsicum, surimi (kalo xmau letak pon xpa), mozarella..

Cara² buat:
1) Masukkan tepung, minyak, yis yang telah dilarutkan dalam air panas, garam dan gula, kemudian gaulkan sehingga menjadi doh. Doh suda sedia apabila kita try untuk cucuk sedikit doh, permukaan doh 'melantun' kembali kepada bentuk asal. Biarkan doh dalam bekas tadi, tutup dengan aluminium foil, biarkan selama lebih kurang setengah jam untuk mendapatkan crust yang rangup. Kalo mau crust yang lembut, biarkan 2-3 jam.

2) Tuangkan sedikit minyak di atas acuan, ratakan. Lenyekkan doh tadi atas acuan, kemudian sapukan purée tomato. Hiaskan pizza dengan ayam, surimi, capsicum yang dipotong kecil dan cendawan. Akhir sekali taburkan cheese mozarella.

3) Bakar pizza pada suhu 200°C selama lebih kurang 20 minit atau sehingga permukaan pizza jadi kekuningan.


bon appétit! ;)

samedi 17 mars 2012

Makaroni bakar.

salam.


sempena menyambut kedatangan tetamu yang datang dari Dublin minggu lepas, dila pun tryla buat makaroni bakar. first tryla ni, dulu penah makan, tapi macam besala, orang lain yang buatkan hee :D not badla jugak walaupun men hentam ja :D


Bahan²:
250g makaroni (dimasak dalam air mendidih)
400g pes tomato spaghetti (dila guna jenama Panzani)
250g daging kisar
Sebiji bawang (dihiris²)
Cendawan dalam tin 
Cheese parut

Bahan² untuk sos bechamel:
250g susu
1 sudu tepung
Sedikit butter

Cara² buat:
1) tumiskan bawang. kemudian masukkan daging. kacau sehingga daging masak.
2) masukkan pes tomato beserta cendawan dalam tin yang dihiris² nipis. biarkan seketika.
3) kemudian masukkan makaroni yang sudah masak tadi. gaul rata.
4) panaskan oven pada suhu 180°C.
4) untuk sos bechamel, masukkan kesemua bahan tadi dan kacau di atas api sederhana sehingga sos menjadi pekat.
5) masukkan adunan makaroni tadi dalam acuan. kemudian ratakan sos bechamel di atasnya. taburkan cheese parut. masak dalam oven pada suhu 180°C selama 30-40 minit atau sehingga permukaan adunan jadi kekuning²an.

Oreo Cheesecake.

salam.

lama suda nda update blog. uhuk uhuk. so memandangkan hari ni hujan and nda dapat keluar, so bolehla profiter bien harini untuk update blog masak ni :D 2 minggu lepas, dila buat oreo cheesecake. teringin mau makan. and macam my previous cheesecake, cheesecake ni lebih kurang ja cara buat dia. yang pentingnya sedap :D



sila rujuk link ni untuk resepi ehh. malas mau taip banyak² hihi :p

jeudi 2 février 2012

Fettuccine Alfredo.

salam.

haritu beli buku masak baru sebab kebanyakan resepi dari msia xleh mau pakai sebab bahan² banyak teda :( so belilah buku masakan in french. ramai orang kata masakan orang french sedap. aku pernah rasa sekali ja di Paris haritu, restoran masakan french halal, siyes sedap! nanti akan try, iA. untuk harini just try this italian dish sebab malas mau masak and memandangkan masak dish ni senang and nda guna banyak bahan, so just go for it la kan :)


makan untuk seorang
bahan²:
125 g fettuccine / spaghetti
20 g butter
125 ml cream liquide 
10 g cheese parmesan parut (dila guna cheese emmental)
garam
daun basil untuk hiasan
*boleh masukkan ayam jugak sebagai tambahan, dila goreng dulu ayam berasingan sebelum buat sauce dia.

cara² buat:
1) rebus spaghetti dalam air mendidih (ikut instruction dekat paket spaghetti)
2) cairkan butter, kemudian masukkan cream liquide. bila campuran tersebut mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 5 minit sehingga sauce tadi menjadi pekat.
3) kemudian tambahkan cheese dan biarkan seketika selama 2 minit. sauce tadi akan menjadi lebih pekat bila cheese tadi cair dan bercampur dengan sauce tersebut.
4) campurkan sedikit garam. adun sekata sauce dengan spaghetti. taburkan daun basil.

Bon Appetit! ^^


From wikipedia:
Fettuccine Alfredo is a pasta dish made from fettuccine pasta tossed with Parmesan cheese and butter. As the cheese melts, it emulsifies the liquids to form a smooth and rich coating on the pasta. It was named by an Italian restaurateur at his restaurant Alfredo on the Via della Scrofa in Rome in 1914.

samedi 8 octobre 2011

Lasagna.

Salam.

Harini teringin mau makan lasagna, so try buat for the first timenya. ekceli yang first try ni ndala jadi sangat, sebab aku ikut resepi kat sini tapi bahan² nda cukup sebab acuan nda sama kali.(acuan aku 25x18cm) so supaya nanti bila aku mau buat ngam ngan acuan aku, aku adjust² sket ingredients dia. and ouh ya, oleh sebab bahan nda cukup so rupa dia nda cantik haha.but don't judge by it's cover okkkkk sebab lasagna ni sedap!!!! (haha nak gak kan) :p


Ingredients :
Lasagna noodles (beli yang xpayah precook punya keh)
600 g ayam or daging hancur (dipotong nipis²)
400 ml sos bolognaise (beli sedia di kedai, contohnya Panzani)
Cendawan dalam tin
Sebiji bawang (dihiris²)
Cheese parut

Sos béchamel:
500 ml susu 
2 sudu besar tepung
~50g mentega

Cara² buat:

Tumis bawang sampai kekuning²an, lepastu masukkan ayam sehinggalah ayam masak. Kemudian masukkan sos bolognaise and cendawan.Kacau rata.




Di periuk lain, kita sediakan sos béchamel dia keh. mula² kita cairkan mentega. Lepastu masukkan tepung sambil gaul and then kacau sampai sebati. Last² masukkan susu and kacau sampailaaa dia jadi pekat. voilà sos kita sda siap! ^^




Sekarang ni tinggal mau buat lapisan dia jak lagi. Sebelum tu jangan lupa gosok( ka letak? lol) acuan dengan mentega.Firstly, susun lasagna noodles di atas acuan lepastu buat 1 lapisan ayam bolognaise tadi, and then buat satu lapisan sos béchamel. kalo nak sedap tambahla sket cheese parut.Ulang balik sampaila bahan abis.Bila sda abis, letak lapisan terakhir lasagna noodles and then nipiskan sos béchamel di atas dia, tambah sket cheese parut.Bakar di oven selama 30-45 minit sampai kekuning-kuningan, T°= 200°C :D

Yeay lasagna kita sda siap!! Bon appetit! :)