Affichage des articles dont le libellé est Nasi. Afficher tous les articles
Affichage des articles dont le libellé est Nasi. Afficher tous les articles

vendredi 25 janvier 2013

Nasi Ayam.

salam.

it's the weekend again! macam besa, harini mengidam macam². terbayanglah pulakkan kesedapan nasi ayam. miamm. lama suda nda buat. dulu first time buat rasa susah and banyak kerja, tapi bila da buat banyak kali rasa xdalah susah sangat pon. hee bole x gediknya statement tuh :p le voila hasilnya :)


Bahan untuk sup ayam:
2 potong ayam
1 biji bawang besar(dihiris²)
2 ulas bawang putih (dihiris²)
2 inci halia
1 kiub ayam
tomato
garam/penambah rasa

Bahan untuk nasi:
kunyit
sedikit butter
kismis
garam

Bahan untuk perap ayam:
1 biji bawang besar (dihiris²)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
madu (untuk disapu atas ayam lepas ayam dibakar)

Bahan sambal:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4-5 keping lada kering
2 inci halia

Cara²:
1) Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan tomato, kemudian masukkan air dan kiub ayam. Masukkan ayam, biarkan reneh lebih kurang 20-25 minit dengan api yang sederhana.

2) Sementara tu bole sediakan bahan perap ayam. Campurkan bawang besar, bawang putih, kicap masin, kicap manis dan sos tiram dalam satu mangkuk. Keluarkan ayam daripada sup dan campurkan dengan bahan perap tadi. Biarkan seketika. Panaskan oven pada suhu 200 °C. Letakkan ayam di atas besi lobang² dalam oven, jangan lupa letak acuan besi oven di bawah besi tadi supaya 'kuah' dari bahan perap tadi tidak mengotori kawasan bawah oven. Biarkan lebih kurang 10 minit atau sampai permukaan ayam kehitaman, sapukan madu dan terbalikkan ayam. Selepas 10 minit ulang langkah menyapu madu tadi. 

3) Gunakan sup ayam yang direneh tadi untuk masak nasi. Taburkan sedikit kunyit, masukkan kismis, butter dan garam. Masak dengan rice cooker seperti biasa.

4) Untuk sambal, tumis bahan² kisar tadi, kemudian masukkan gula, garam dan penambah rasa. Boleh juga dimasukkan air asam jawa jika mau.

Jadilah nasi ayam! sedap dimakan dengan salad dan sup ayam panas² especially time sejuk² camnih. itadakimasu! ^^

dimanche 4 décembre 2011

Nasi lemak.

salam.

harini mau kongsi cemana mau buat nasi lemak. senang ajaa dong~~ yang pentingnya kena ada kerajinan ja mau ke dapur and off course, kenala ada bahan²nya juga :)



Bahan² untuk nasi:
Beras 2 pot
Santan (lebih kurang satu cawan)
sedikit garam

Bahan² untuk sambal:
200g ikan bilis
5 keping lada kering*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
seinci halia*
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
garam/ gula

* bahan² yang dikisar

Cara² membuatnya:
1) Basuh beras kemudian masukkan santan dan sedikit garam,masak seperti biasa di rice cooker.
2) Goreng ikan bilis sampai garing. Toskan.
3) Tumiskan bahan² dikisar tadi sampai pecah minyak/ keluar bau. Kemudian masukkan ikan bilis tadi dan gaul.Masukkan belacan dan air asam jawa. Biarkan sampai kuah jadi pekat. Akhir sekali adjustkan rasa. Siap!

Bon appetit! ^^

samedi 19 novembre 2011

Nasi Hujan Panas.

salam.


Bahan²:
1 1/2 pot beras
~20 g mentega
secubit kunyit
kismis
pewarna
garam

Cara² buat:
Panaskan rice cooker, then masukkan mentega, tunggu sampai cair.Masukkan  beras yang sudah dicuci di satu mangkuk lain, masukkan air, kunyit, garam dan kismis dan masak macam biasa. Bila nasi sudah hampir masak, titikkan beberapa titik pewarna. Gaul nasi tu supaya warna dia 'berterabur' bila nasi sudah masak. siap!

lundi 7 novembre 2011

Nasi impit dan kuah kacang.

salam.

sehari sebelum raya haji, ramainya lahai yang buat status mau makan itu ini di fb, sampaikan aku pun tais liur jadinya mau makan nasi impit sama kuah kacang. nasi impit ekspres xda, kuah kacang apatah lagi. tapi sebab siyes² rasa mau makan, so try jalah buat, alhamdulillah jadi! :)

Nasi Impit



Bahan²:
3 pot beras
7 pot air
garam

Cara² buat:
Masak 3 pot beras dengan 7 pot air di rice cooker macam besa, tambah garam sikit. Bila sda masak, masukkan nasi panas² dalam plastik sejuk beku ( sac de congélation) saiz kecil 18cm x 20 cm dan mampatkan. Lepastu buat beberapa lubang di plastik dengan pisau,biarkan sejuk.Kalo teda plastik, mampatkan di acuan pun bole juga.bila sda sejuk tinggal potong ja.ok siap! ^^




Kuah kacang.




Bahan²:
Bahan A (dikisar):
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
5-8 keping lada kering 
2-3 inci halia

Bahan B: 
500g kacang (dikisar halus)
1 gelas santan
3/4 gelas air asam jawa
sebatang serai
garam/gula/penambah rasa

Cara² buat:
1) Tumiskan bahan² A sampai pecah minyak.
2)Masukkan kacang, santan, air asam jawa and serai. Masukkan garam/gula/penambah rasa.
3) Gaul selalu sampailah kuah jadi pekat.Siap! ^^

till then :)