Affichage des articles dont le libellé est Patisserie. Afficher tous les articles
Affichage des articles dont le libellé est Patisserie. Afficher tous les articles

lundi 4 mars 2013

Colourful Vanilla Muffins

Salam.

kemarin sempena majlis makan² di rumah TJ, aku terai buat muffins vanilla warna-warni. resepi ni jumpa di youtube, buat yang bole paham french bolehla rujuk vid di bawah ni :)


bahan² A:
160g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 packet gula vanilla
120g brown sugar (sucre blond)
120 ml susu segar
1 biji telur
pewarna (biru, kuning, merah)

bahan² topping:
100g icing sugar
pewarna
sedikit air

cara²:
1) Campurkan bahan² A kecuali pewarna dan kacau sampai sebati. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, kemudian letakkan 3 pewarna berlainan. 
2) Masukkan sesudu adunan setiap warna ke dalam acuan kertas muffin. Kalo ikut video ni, letak warna merah dulu, kuning and last² letakkan warna biru. 
3) Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 10-15 minit, try cucuk ngan batang lidi kalo lidi tu keluar bersih ertinya muffins suda masak. Biarkan sejuk selama lebih kurang 10 minit. 
4) Sementara tu siapkan topping. Campurkan sedikit demi sedikit air dalam icing sugar sampailah dapat solution yang creamy and viscous, kemudian masukkan pewarna. 
5) Sapukan gula icing tadi atas muffin, dalam beberapa minit gula icing tu akan mengeras.


muffins sedia untuk dimakan! bole dimakan terus panas² or bole disimpan dalam frigo untuk dimakan keesokan harinya. bon app! ;)

jeudi 3 janvier 2013

Tart telur.

Salam.

Oleh sebab harini da bosan sangat nda tau mau buat apa, so aku pun terailah buat tart telur. Ekceli time buat tadi ada difficulty sket sebab penimbang 2 euros yang aku beli di Béthune dulu rosak.. sedih betul. Yang tinggal penyukat volume saja. Mau nda mau terpaksala jadi 'bijak' sikit dalam mengconvert berat bahan² kepada volume dengan menggunakan density general bahan berkenaan. for example aku mau 110g gula. density general gula is 0,849g/ml. So dari situ aku pun dapatla volume gula yang aku perlukan. Berguna jugak apa yang aku selalu buat untuk report lab eh. hihu.


Resepi ni diambil daripada SINI. Aku try cara yang 2nd punya untuk mendapatkan tart yang rangup pabila dimakan. And ofcoz, rupa tart telur aku nda la selawa dalam blog yang aku rujuk ni, as always aku hentam² ja buat. Tulah rupa nda berapa mau lawa. hihu.

Selamat mencuba! :)

dimanche 3 juin 2012

Peach cobbler.

salam.

kelmarin tengah hari tj and isteri jemput kitaorng makan² kat rumah dia. so aku pun teraila buat peach cobbler. tahu pasal peach cobbler ni pun sebab baca novel hlovate hehe.

bahan²:
75g butter
125g gula
250g tepung
1 paket serbuk penaik
50cl susu
4 biji peach / nectarines
3/4 cawan air
sedikit garam

cara²:
1) panaskan oven pada suhu 180 °C.
2) masukkan mentega dan gula. kacau sampai jadi creamy.
3) dalam satu bekas lain, masukkan tepung, serbuk penaik dan garam. kemudian masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
4) ratakan campuran mentega dan gula di atas permukaan acuan. kemudian masukkan campuran yang satu lagi diatasnya.
5) taburkan peach di atas adunan tadi. taburkan rata² sedikit gula di atasnya.


6) tuangkan air atas adunan tadi (yes, tuang! :D)
7) bakar dalam oven selama 45 - 1h atau sehingga jadi kekuning²an.

hasilnya,


 tadaaa!! looks nice kan? :)) cubalah!

Roti daging.

salam!

jumaat lepas, lab tempat aku praktikal ada buat makan². so ideanya semua orang kena bawa potluck masing². oleh sebab aku tau kalo ak xbawa apa² makanan yang xberat nanti aku xakan makan (manala tau masing² pun bawak porc or jambon ka xka naya tu), so aku pun buatla roti daging. cara penyediaan dia xdala susah mana, cuma macam besalah kena rajin bertukang sket kat dapur. and hasilnya, diorang sangatlah suka ngan roti ni. siap ada yang minta resepi lagi! suka sangat!! :))


bahan²:
9 keping roti
2 biji kentang (potong dadu)
3 biji bawang besar (potong dadu)
1 sudu setengah kari (kalo nak pedas lagi boleh tambah)
200g daging hancur
sedikit dada ayam (xletak pun xpa)
2 biji telur
garam

cara² buat:
1) tumiskan bawang, kemudian masukkan daging, ayam dan kentang. masukkan serbuk kari (xpayah letak air sebab nanti daging and ayam akan keluarkan air sendiri). gaul rata².biarkan mendidih.masukkan sedikit garam. setelah masak biarkan sejuk untuk seketika.
2) leperkan roti dengan penggiling. letakkan sedikit telur yang sudah dikacau di atas permukaan roti. letakkan isi daging dan rollkan roti. untuk lebih senang, i used rolleur sushi :D
3) celupkan roll tersebut kat telur dan goreng sehingga kekuning²an. kemudian potong kecil². hidangkan.

dimanche 13 mai 2012

Butter bread pudding.

salam.

sori lama suda nda update blog. bulan 4 tu family datang, then got Rennes Games then final exams.. lepas exams tu memang liat mau masak almaklumla time exams tu makan makanan segera ja kan hihi. sekarang ni start stage/praktikal suda, so ada la masa untuk buat projek. kemarin try untuk buat butter bread pudding, untuk resepi asal sila klik di sini. resepi ni sesuai di buat untuk minum petang or sarapan pagi. senang ja mau buat and hasilnya memang perghhh sedaap!! lagi² bila makan time panas² baru kuar dari oven memang bertambah² la makan :D


Bahan²:
10-12 keping roti
2-3 pisang masak
peanut butter secukupnya
chocolat rice
kismis

Bahan A:
2 cawan susu segar
1 sudu besar gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B:
1/4 sudu serbuk kayu manis
1 sudu besar gula *(satukan kedua² bahan ini)

Cara² membuatnya:
1) Mulakan dengan bahan A: pukul gula dengan telur menggunakan whisk. then masukkan telur and esen vanilla and gaul sebati.
2) Panaskan oven pada suhu 170°C. sapukan butter pada permukaan acuan.
3) Sapukan roti dengan peanut butter and potong kepada 4 bahagian.
4) Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang dipermukaan acuan, boleh juga ditaburkan chocolat rice kalau suka.
5) Lapiskan lagi dengan kepingan roti mengikut cita rasa sampai habis.
6) Tuangkan bahan A sehingga rata. Kemudian taburkan chocolat rice, kismis and bahan B.
7) Biarkan sebentar supaya bahan A menyerap dalam roti. 
8) Bakar selama 35-40 minit atau sehingga keperangan pada suhu 170°C. Hidangkan.


hasil selepas masak. sedapppp!

dimanche 15 janvier 2012

Blueberry Cheesecake.

salam.

cheesecake yang simple and senang dibuat :)


Bahan²:
200g biskut speculoos
75g mentega
200-300g blueberries
450g cream cheese
150g gula kastor
1 sudu kecil vanilla extract
3 biji telur

Cara²:
1)  Panaskan oven pada suhu 180 °C. Lumurkan minyak/ butter di sekeliing acuan.
2)  Hancur²kan biskut speculoos, kemudian gaulkan dengan mentega. Masukkan dalam acuan dan mampatkan. Taburkan blueberries di atas mampatan tadi, kemudian biarkan di dalam peti ais buat seketika.
3) Kacau cream cheese, gula, vanilla extract dan telur sampai kembang. Tuangkan dalam acuan dan bakar pada suhu 180°C selama 40 minit atau sehingga permukaan kek jadi kekuning²an.
4) Biarkan kek dalam peti ais selama beberapa jam untuk menghasilkan kek yang sejuk dan menyegarkan.

Selamat mencuba!

dimanche 8 janvier 2012

Cheese naan.

Salam.

teringin sangat mau makan cheese naan minggu ni. so kemarin tryla resepi cheese naan yang dapat dari youtube. ekceli senang ja rupanya buat, bahan² dia senang dapat and murah, cumanya kena ada kerajinan and kepakaran untuk menggiling / mengguling doh tu bila dah masukkan cheese dalam dia, sebab dila buat kemarin terkeluar² jugakla cheese dia. ahaks. xpala, nanti try buat lagi. practice makes perfect, right? ;)


Bahan²:
200 g tepung gandum
1 yogurt natural
4-8 portions of cheese la vache qui rit
2 cubit serbuk penaik
2 cubit gula
garam secukup rasa

Cara² membuatnya:
1) Masukkan tepung dalam satu bekas, kemudian masukkan minyak dan gaul hingga sebati.Kemudian masukkan garam, gula, serbuk penaik dan air jika perlu (if adunan terlalu kering)

2) Bulatkan doh dan letakkan minyak disekelilingnya. Lembutkan doh dengan menghentakkan doh di atas chopping board. Biarkan selama 3-4 jam.

3) Panaskan oven pada suhu 230°C selama 15 minit.

4) Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Canai leper, kemudian letakkan cheese di tengah² canai tersebut. Tutup rapat dan canaikan leper.

5) Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 230°C.

naan yang dila buat ni tebal semacam so kalo nak tengok contoh tengok kat sumber ni ek. it's in french, so kalo xfaham just tengokla camna akak ni buat eh.

till then :)

vendredi 30 décembre 2011

Cheese tart and Chocolate Indulgence Cake.

Salam.

cheese tart ni sda 2 kali dila buat, yang 2nd time buat barulah jadi. rahsianya, pakailah cream cheese and butter jenama président!! (cela applique juste pour ceux qui habitent en France :D) apa² pun, buat cheese tart ni senang ja, cumanya perlukan kesabaran. and siyesslyyyyy heaven! sedap sangat! cubalah!^^


sumber resepi cheese tart:

untuk kek tu sebenarnya mau buat chocolate indulgence cake tapi structure dia nda jadi :( nasib bekla orang² yang merasa di RDH harituh kata sedap hihi :D
sumber resepi chocolate indulgence cake:

punyalah men malas kan tulis kan. men kopi pes ja link. muahahhaha :p

jeudi 3 novembre 2011

Kek Batik Malaysia

Salam.

ni resepi dari mama, and try buat tadi,menjadi, en plus sedap sebab xmanis sangat hehe.suke²!!! ouh aku tau maybe kek batik ni komanla bagi orang sebab aku rasa suma orang pun penah buat tapi kasi canla dekat aku, ni baru fes time aku buat sebab selalunya pigi nyibuk ja makan kek batik orang hihi :D cumanya ada bahan² dia yang kena angkut dari msia, for ex milo n browning, jadi kalo kamu mau improvise sendiri² dengan apa yang ada boleh ja kut (suka atinya ja haha :p )


Bahan²:
10 biji telur
250g mentega
3/4 gelas susu manis
1 gelas milo
2 gelas tepung gandum
2 sudu besar gula browning
1 gelas gula halus
~300 g biskut marie (dipatah²kan)

Cara² buat:
1) pukul gula dengan mentega, lepastu masukkan telur sebiji demi sebiji. kacau.
2) masukkan susu, milo n browning, kacau lagi.
3) last² masukkan tepung. 
4) masak adunan tadi di atas api yang kecil, bila suda masak asingkan sikit adunan tadi di piring len, then masukkan biskut marie dalam adunan yang sda masak tadi.
5) lapis acuan dengan plastik (nanti senang bila mau potong kek).masukkan adunan yang sda dicampur ngan biskut marie and tekan adunan tadi kasi sama rata. 
6) letak adunan yang diasingkan tadi and ratakan. like this kek kita nampak cantik sket sebab xnampakla biskut² marie tukan :)

voila voiluuuu! ^^