salam.
sori lama suda nda update blog. bulan 4 tu family datang, then got Rennes Games then final exams.. lepas exams tu memang liat mau masak almaklumla time exams tu makan makanan segera ja kan hihi. sekarang ni start stage/praktikal suda, so ada la masa untuk buat projek. kemarin try untuk buat butter bread pudding, untuk resepi asal sila klik di sini. resepi ni sesuai di buat untuk minum petang or sarapan pagi. senang ja mau buat and hasilnya memang perghhh sedaap!! lagi² bila makan time panas² baru kuar dari oven memang bertambah² la makan :D
Bahan²:
10-12 keping roti
2-3 pisang masak
peanut butter secukupnya
chocolat rice
kismis
Bahan A:
2 cawan susu segar
1 sudu besar gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B:
1/4 sudu serbuk kayu manis
1 sudu besar gula *(satukan kedua² bahan ini)
Cara² membuatnya:
1) Mulakan dengan bahan A: pukul gula dengan telur menggunakan whisk. then masukkan telur and esen vanilla and gaul sebati.
2) Panaskan oven pada suhu 170°C. sapukan butter pada permukaan acuan.
3) Sapukan roti dengan peanut butter and potong kepada 4 bahagian.
4) Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang dipermukaan acuan, boleh juga ditaburkan chocolat rice kalau suka.
5) Lapiskan lagi dengan kepingan roti mengikut cita rasa sampai habis.
6) Tuangkan bahan A sehingga rata. Kemudian taburkan chocolat rice, kismis and bahan B.
7) Biarkan sebentar supaya bahan A menyerap dalam roti.
8) Bakar selama 35-40 minit atau sehingga keperangan pada suhu 170°C. Hidangkan.
hasil selepas masak. sedapppp!
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire