jumaat lepas, lab tempat aku praktikal ada buat makan². so ideanya semua orang kena bawa potluck masing². oleh sebab aku tau kalo ak xbawa apa² makanan yang xberat nanti aku xakan makan (manala tau masing² pun bawak porc or jambon ka xka naya tu), so aku pun buatla roti daging. cara penyediaan dia xdala susah mana, cuma macam besalah kena rajin bertukang sket kat dapur. and hasilnya, diorang sangatlah suka ngan roti ni. siap ada yang minta resepi lagi! suka sangat!! :))
bahan²:
9 keping roti
2 biji kentang (potong dadu)
3 biji bawang besar (potong dadu)
1 sudu setengah kari (kalo nak pedas lagi boleh tambah)
200g daging hancur
sedikit dada ayam (xletak pun xpa)
2 biji telur
garam
cara² buat:
1) tumiskan bawang, kemudian masukkan daging, ayam dan kentang. masukkan serbuk kari (xpayah letak air sebab nanti daging and ayam akan keluarkan air sendiri). gaul rata².biarkan mendidih.masukkan sedikit garam. setelah masak biarkan sejuk untuk seketika.
2) leperkan roti dengan penggiling. letakkan sedikit telur yang sudah dikacau di atas permukaan roti. letakkan isi daging dan rollkan roti. untuk lebih senang, i used rolleur sushi :D
3) celupkan roll tersebut kat telur dan goreng sehingga kekuning²an. kemudian potong kecil². hidangkan.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire