vendredi 10 août 2012

Biskut nenas makmun.

salam and bonjour! ;)

minta maaf sda lama nda mengupdate blog masakan ni. nampaknya azam aku mau belajar masak time balik ni memang tinggal angan jalah. tiap kali mau masak mesti malas. kalo nda pun pergi makan kat luar jer. rasanya bila da tinggal sorang2 kat france tu barula aku terhegeh2 mau try itu ini kan. hee typical me :p so bila sda sibuk mau raya barulah aku join buat projek buat biskut raya. kalo buat seorang memang xakan jadilah sebab aku lagi minat buat kek. skali bancuh then masuk oven and siap! apa2 pun biskut nenas makmun (my aunt) ni memang sedap and crunchy. bukan ikut resepi kat buku tau, ni resepi rahsia dia tapi aku berjaya minta ehee. dun worry aku sda minta izin makmun mau publishkan resepi ni di blog i :D so let's check out makmun's great invention, shall we? :)


~ 100+ biji biskut
Bahan:
3 senduk besar gula halus
5 senduk besar marjerin Daisy
3 biji kuning telur
3 sudu kecil baking powder
3 sudu kecil esen vanilla
10 senduk besar tepung (yang sudah ditapis)
300g jem nenas

Cara membuatnya:
Masukkan gula halus dan marjerin, mix sampai sebati. 
Kemudian masukkan kuning telur sebiji demi sebiji, mix lagi sampai kembang and creamy. 
Masukkan baking powder and esen, kacau lagi then masukkan tepung sedikit demi sedikit sampailah doh tidak melekat di tangan.
Celakkan doh dengan pencelak biskut, sebelum dibakar letakkan sedikit jem nenas yang dibulat2kan.
Bakar dalam oven dengan api sederhana (~180 celcius) selama lebih kurang 20 minit atau sehingga biskut menjadi keperang-perangan.
Selepas biskut suda masak, sejukkan 5 minit kemudian ratakan dan kemaskan jem yang diletakkan di atas biskut tadi. (jangan tunggu sampai sejuk nanti jem keras!)
Sedia untuk di ngap or disimpan untuk hari raya nanti hee :D

Selamat mencuba! 

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire