dimanche 18 mars 2012

Sambal telur.

salam.

ni menu simple, sesuai di masak time banyak kerja mau dibuat macam harini. besalah, time hari ahad barula kelam-kabut mau siapkan sumanya, kan? :p



Bahan²:
3 or 4 biji telur
1 biji bawang besar (dihiris²)
Air asam jawa
sedikit belacan
Tomato

Bahan² kisar:
1 biji bawang besar
1 inci halia
Beberapa keping lada kering

Cara² buat:
1) Rebus telur.
2) Tumiskan bahan² kisar, kemudian masukkan belacan. kacau sampai naik minyak.
3) Kemudian masukkan air asam jawa. kacau.
4) Akhir sekali masukkan bawang and tomato.
5) Tuangkan kuah di atas telur yang sudah dipotong dua. Hidangkan.

Tiramisu

salam.

kemarin buat tiramisu. macam besalah teringinn :D so I searched for recipes di youtube and found one. hasilnya, sedapp tapi manis >< nampaknya nanti len kali kena kurangkan gula. sumber sila klik sini (attention: vid ni in french :) )


Bahan²:
~ 25 batang biskut lady finger
3 biji telur
250g gula (lain kali just letak 200g untuk kurangkan manis)
250g mascarpone / cream cheese
sedikit garam
air nescafé yang telah disejukkan
serbuk koko sebagai hiasan

Cara² buat:
1) asingkan putih and kuning telur dalam 2 mangkuk yang berbeza.
2) tambahkan gula dalam kuning telur dan kacau dengan senduk kayu sampai dia kembang. kemudian masukkan mascarpone dan kacau sebati.
3) tambahkan secubit garam ke dalam putih telur dan kacau dengan mixer sampai kembang. fungsi garam tu supaya senang and cepat putih telur kembang.
4) tuangkan putih telur ke dalam mangkuk yang lagi satu, dan kacau perlahan².
5) celupkan biskut ke dalam air nescafé dan cepat² susun di atas permukaan tupperware. kemudian sapukan campuran cream tadi. ulang langkah ni sampai cream habis.
6) taburkan serbuk koko atas kek. sejukkan dalam peti sejuk selama sekurang²nya 3 jam. hidangkan.

samedi 17 mars 2012

Ikan Masak Kicap.

salam.

harini teringinla pulak makan ikan. so i decided to cook ikan masak kicap. tadi pergi supermarket ramai gila orang beratur mau beli ikan fresh, last² beli jalah ikan filet. lagi senang. tinggal masak ja, xpayahla siang lagi :p


Bahan²:
Ikan 
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
1 sudu pes tomato
1 biji bawang (dihiris²)
garam/ gula

Bahan² kisar:
1 biji bawang besar
1 inci halia
lada kering

Cara² buat:
1) perap seketika ikan dengan kunyit dan garam, kemudian goreng.
2) dalam kuali lain, tumiskan bahan² kisar, kemudian masukkan kicap, sos tiram dan pes tomato. masukkan sedikit air.
3) masukkan ikan dan bawang. biarkan seketika.
4) tambahkan garam dan gula, ikut citarasa.
5) hidangkan. sesuai dimakan dengan nasi panas².

Makaroni bakar.

salam.


sempena menyambut kedatangan tetamu yang datang dari Dublin minggu lepas, dila pun tryla buat makaroni bakar. first tryla ni, dulu penah makan, tapi macam besala, orang lain yang buatkan hee :D not badla jugak walaupun men hentam ja :D


Bahan²:
250g makaroni (dimasak dalam air mendidih)
400g pes tomato spaghetti (dila guna jenama Panzani)
250g daging kisar
Sebiji bawang (dihiris²)
Cendawan dalam tin 
Cheese parut

Bahan² untuk sos bechamel:
250g susu
1 sudu tepung
Sedikit butter

Cara² buat:
1) tumiskan bawang. kemudian masukkan daging. kacau sehingga daging masak.
2) masukkan pes tomato beserta cendawan dalam tin yang dihiris² nipis. biarkan seketika.
3) kemudian masukkan makaroni yang sudah masak tadi. gaul rata.
4) panaskan oven pada suhu 180°C.
4) untuk sos bechamel, masukkan kesemua bahan tadi dan kacau di atas api sederhana sehingga sos menjadi pekat.
5) masukkan adunan makaroni tadi dalam acuan. kemudian ratakan sos bechamel di atasnya. taburkan cheese parut. masak dalam oven pada suhu 180°C selama 30-40 minit atau sehingga permukaan adunan jadi kekuning²an.

Oreo Cheesecake.

salam.

lama suda nda update blog. uhuk uhuk. so memandangkan hari ni hujan and nda dapat keluar, so bolehla profiter bien harini untuk update blog masak ni :D 2 minggu lepas, dila buat oreo cheesecake. teringin mau makan. and macam my previous cheesecake, cheesecake ni lebih kurang ja cara buat dia. yang pentingnya sedap :D



sila rujuk link ni untuk resepi ehh. malas mau taip banyak² hihi :p