mercredi 20 mars 2013

Sambal tumis udang.

Salam.

2 hari lepas terai masak sambal udang ni. sangat simple and rasa dia bole tahan jugak :)


Bahan²:
Udang (dikopek kulitnya)
2 cm belacan
Air asam jawa
Kentang/ lobak
Gula/ Garam/ penambah rasa

Bahan² kisar:
7-8 keping lada kering
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih

Cara²:
Tumiskan bahan² kisar bersama² dengan belacan sampai pecah minyak. Masukkan udang, sayur, dan air asam jawa. Normally udang akan mengeluarkan air, tapi kalo mau lebih kuah bolehlah ditambah sedikit air. Biarkan masak. Sesuaikan rasa. Sedia untuk dimakan! :)

Le voilà. till then. take care!

lundi 4 mars 2013

Colourful Vanilla Muffins

Salam.

kemarin sempena majlis makan² di rumah TJ, aku terai buat muffins vanilla warna-warni. resepi ni jumpa di youtube, buat yang bole paham french bolehla rujuk vid di bawah ni :)


bahan² A:
160g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 packet gula vanilla
120g brown sugar (sucre blond)
120 ml susu segar
1 biji telur
pewarna (biru, kuning, merah)

bahan² topping:
100g icing sugar
pewarna
sedikit air

cara²:
1) Campurkan bahan² A kecuali pewarna dan kacau sampai sebati. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, kemudian letakkan 3 pewarna berlainan. 
2) Masukkan sesudu adunan setiap warna ke dalam acuan kertas muffin. Kalo ikut video ni, letak warna merah dulu, kuning and last² letakkan warna biru. 
3) Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 10-15 minit, try cucuk ngan batang lidi kalo lidi tu keluar bersih ertinya muffins suda masak. Biarkan sejuk selama lebih kurang 10 minit. 
4) Sementara tu siapkan topping. Campurkan sedikit demi sedikit air dalam icing sugar sampailah dapat solution yang creamy and viscous, kemudian masukkan pewarna. 
5) Sapukan gula icing tadi atas muffin, dalam beberapa minit gula icing tu akan mengeras.


muffins sedia untuk dimakan! bole dimakan terus panas² or bole disimpan dalam frigo untuk dimakan keesokan harinya. bon app! ;)

vendredi 1 mars 2013

Daging Black Pepper.

salam.

harini mau kongsi resepi daging black pepper nih. dulu time awal² datang france selalulah angkut instant black pepper tapi xsedap sangat, maybe sebab tu aku stop masak dish ni.. adalah dalam beberapa bulan lepas tiba² teringin mau makan, so teraila masak sendiri. ekceli senang ja and shockingly lagi sedap dari yang instant punya dulu! since then this dish jadi feveret aku ^^


Bahan²:
250g daging dihiris²
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
Black pepper
Tomato
Mushroom (boleh juga letak sayur lain ikut citarasa)
Bawang dihiris² sebagai hiasan
garam & penambah rasa

Bahan² kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara²:
Tumiskan bahan² kisar sampai wangi. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin, black pepper, daging, tomato dan mushroom. Biarkan masak sampai daging jadi empuk. Lastly, try rasa, kalo xcukup masin baru letak garam sebab kicap tadi pun sudah masin.. 

Le voilà~ siap untuk dimakan! ;) memang sedap sangat² bila dimakan dengan nasi panas².

A plus! =)