vendredi 30 décembre 2011

Cheese tart and Chocolate Indulgence Cake.

Salam.

cheese tart ni sda 2 kali dila buat, yang 2nd time buat barulah jadi. rahsianya, pakailah cream cheese and butter jenama président!! (cela applique juste pour ceux qui habitent en France :D) apa² pun, buat cheese tart ni senang ja, cumanya perlukan kesabaran. and siyesslyyyyy heaven! sedap sangat! cubalah!^^


sumber resepi cheese tart:

untuk kek tu sebenarnya mau buat chocolate indulgence cake tapi structure dia nda jadi :( nasib bekla orang² yang merasa di RDH harituh kata sedap hihi :D
sumber resepi chocolate indulgence cake:

punyalah men malas kan tulis kan. men kopi pes ja link. muahahhaha :p

Sambal Ayam Goreng.

Salam.

baru ja sampai rumah semalam. tadi tiada idea mau masak apa. so oleh sebab ada ayam saja dalam fridge, kita masaklah ayam lagi harini kehhh :D


Makan untuk 2 oghang.
Bahan²:
2 ketul ayam ( diperap dengan sedikit serbuk kunyit dan garam)
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam/gula/penambah rasa

Bahan² kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 batang serai
5 biji cili padi
5 keping lada kering

Cara² buat:
Goreng ayam yang diperap tadi sampai garing. Tumiskan bahan² dikisar, kemudian masukkan belacan, air asam jawa, gula, garam, penambah rasa. Tuangkan di atas ayam yang di goreng tadi. Siap!

aim sda resepi ni yang bakal di masak time malas nanti hihih :D

samedi 17 décembre 2011

Ayam Puteri Saji.

salam.

yaa i know, aku suka masukkan resepi ayam. tapi nak buat camna, sini memang selalu makan ayam ja >< nanti aku masak len okeh :D so harini try resepi dari buku masakan yang aku angkut dari malaysia. nama dia lawakan? nasib bek rasa dia pun sedap :) ni resepi dia: 



Makan 2 oghang.

Bahan²:
2 ketul ayam
1/2 cawan santan
sehelai daun limau purut
sedikit serbuk lada hitam
sedikit air asam jawa
sedikit serbuk roti
garam/gula/penambah rasa

Bahan² kisar:
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecik serbuk ketumbar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
3 keping lada kering
Sedikit serbuk kunyit or 1 inci kunyit hidup

Cara²:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan² kisar sehingga berbau harum.Masukkan ayam, sayur, santan dan daun limau purut. Biarkan mendidih. Apabila ayam sudah masak, masukkan serbuk lada hitam, air asam jawa dan serbuk roti untuk memekatkan kuah. Adjust rasa. Biarkan mendidih selama 5 minit. Hidangkan.

jeudi 15 décembre 2011

Ayam Masak Lemak Cili Padi.

salam.

baru lepas abis exam. so sekarang ni start suda cuti 2 minggu weeee ^^ lama sda nda masak, almaklumla examkan, makan pun makanan yang segera ja semua :D so harini masak yang proper sket. resepi ni aku suka ati ja masukkan bahan², and rasa dia not bad jugak (ekceli better than ayam masak lemak cili padi aku setahun yang lalu uhuk uhuk ). here goes:


Makan untuk 2 oghang.
Bahan²:
2 ketul ayam (boleh letak lebih)
1 1/2 sudu santan pekat
Sedikit air asam jawa
daun limau purut
kentang/carrot/ sayur (in case malas mau masak sayur berasingan :D)
gula/garam/penambah rasa


Bahan² kisar:
1 biji bawang besaq
1 batang serai
1 inci halia
5 biji lada padi (ikut citarasa mau pedas cemana)


Cara² buat:
Tumis bahan² kisar. Kemudian masukkan santan, sedikit air and air asam jawa. Masukkan ayam, sayur and  daun limau purut. Biarkan masak dengan api perlahan. Adjust rasa. Hidangkan :)

dimanche 4 décembre 2011

Mee Hailam.

Salam.

Harini datang gedik mau makan mee hailam, padahal di msia xpenah makan pun ngehngehngeh. so tryla buat. aku pun xtaula cemana rasa mee hailam yang sebenarnya, nanti balik msia aku try. yang pentingnya 'mee hailam' aku ni sedap hee ^^


Bahan²:
100 g isi ayam (dihiris²)
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar purée tomato
1 sudu kecil lada hitam
1 atau 2 cawan air
sayur ( tomato and carrot)
garam/gula

Bahan² kisar:
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 keping lada kering
seinci halia
segenggam udang kering

Cara² buat:
Tumis bahan² kisar sampai pecah minyak / keluar bau. Masukkan kicap, purée tomato dan air, kemudian masukkan ayam dan sayur, biarkan masak sampai empuk. Masukkan lada hitam and then adjust² rasa. Celurkan mee dan campurkan dengan kuah. Hidangkan.

Nasi lemak.

salam.

harini mau kongsi cemana mau buat nasi lemak. senang ajaa dong~~ yang pentingnya kena ada kerajinan ja mau ke dapur and off course, kenala ada bahan²nya juga :)



Bahan² untuk nasi:
Beras 2 pot
Santan (lebih kurang satu cawan)
sedikit garam

Bahan² untuk sambal:
200g ikan bilis
5 keping lada kering*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
seinci halia*
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
garam/ gula

* bahan² yang dikisar

Cara² membuatnya:
1) Basuh beras kemudian masukkan santan dan sedikit garam,masak seperti biasa di rice cooker.
2) Goreng ikan bilis sampai garing. Toskan.
3) Tumiskan bahan² dikisar tadi sampai pecah minyak/ keluar bau. Kemudian masukkan ikan bilis tadi dan gaul.Masukkan belacan dan air asam jawa. Biarkan sampai kuah jadi pekat. Akhir sekali adjustkan rasa. Siap!

Bon appetit! ^^

samedi 19 novembre 2011

Nasi Hujan Panas.

salam.


Bahan²:
1 1/2 pot beras
~20 g mentega
secubit kunyit
kismis
pewarna
garam

Cara² buat:
Panaskan rice cooker, then masukkan mentega, tunggu sampai cair.Masukkan  beras yang sudah dicuci di satu mangkuk lain, masukkan air, kunyit, garam dan kismis dan masak macam biasa. Bila nasi sudah hampir masak, titikkan beberapa titik pewarna. Gaul nasi tu supaya warna dia 'berterabur' bila nasi sudah masak. siap!

Ayam Kicap Berempah Harum.

Salam.

try satu lagi resepi ayam masak kicap.sumber dia di sini.tapi oleh kerana kekurangan bahan, contohnya macam kicap pekat,kicap manis and lengkuas xla dimasukkan. so gambar kitaorang pun xsama :D apa² pun, dia tetap best! :)


Bahan²:
300-400g ayam
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato / purée tomato
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ladan hitam
Rempah tumis (bunga lawang, daun cengkih etc)
lobak or ubi (ikut cita rasa sendiri)
garam

Bahan² kisar:
1 bawang besar
2 ulang bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
4-5 keping lada kering

Cara²:
Tumis bahan² tumis dengan rempah tumis sampai pecah minyak. Masukkan kicap, sos tiram dan purée tomato, kemudian barulah dimasukkan ayam and jangan lupa tambah sedikit air. Biarkan mendidih. Masukkan lada hitam,jintan dan garam. Kacau lagi sampailah ayam masak. Hidangkan.


p/s: kalo rajin bolehlah digoreng dulu ayam tu. tapi kalo malas masukkan ja trus time masak like what i did, ok ja :)

Telur Bersos Tiram.

Salam.


Bahan²:
2 biji telur
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu sos cili 
1 sudu sos tiram
1/2 sudu purée tomato
garam, gula

Cara² buat:
Goreng telur, kemudian letak di tepi.Kisar bawang putih dan bawang besar. Tumis sampai pecah minyak.Masukkan sos cili, sos tiram dan purée tomato dan gaul sampai sebati. Campurkan gula/ garam ikut cita rasa sendiri, kemudian tuangkan sos di atas telur yang sudah digoreng tadi. 

Voilà bolehlah masak masakan ni ja kalo malas mau masak:) 

lundi 7 novembre 2011

Nasi impit dan kuah kacang.

salam.

sehari sebelum raya haji, ramainya lahai yang buat status mau makan itu ini di fb, sampaikan aku pun tais liur jadinya mau makan nasi impit sama kuah kacang. nasi impit ekspres xda, kuah kacang apatah lagi. tapi sebab siyes² rasa mau makan, so try jalah buat, alhamdulillah jadi! :)

Nasi Impit



Bahan²:
3 pot beras
7 pot air
garam

Cara² buat:
Masak 3 pot beras dengan 7 pot air di rice cooker macam besa, tambah garam sikit. Bila sda masak, masukkan nasi panas² dalam plastik sejuk beku ( sac de congélation) saiz kecil 18cm x 20 cm dan mampatkan. Lepastu buat beberapa lubang di plastik dengan pisau,biarkan sejuk.Kalo teda plastik, mampatkan di acuan pun bole juga.bila sda sejuk tinggal potong ja.ok siap! ^^




Kuah kacang.




Bahan²:
Bahan A (dikisar):
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
5-8 keping lada kering 
2-3 inci halia

Bahan B: 
500g kacang (dikisar halus)
1 gelas santan
3/4 gelas air asam jawa
sebatang serai
garam/gula/penambah rasa

Cara² buat:
1) Tumiskan bahan² A sampai pecah minyak.
2)Masukkan kacang, santan, air asam jawa and serai. Masukkan garam/gula/penambah rasa.
3) Gaul selalu sampailah kuah jadi pekat.Siap! ^^

till then :)

jeudi 3 novembre 2011

Kek Batik Malaysia

Salam.

ni resepi dari mama, and try buat tadi,menjadi, en plus sedap sebab xmanis sangat hehe.suke²!!! ouh aku tau maybe kek batik ni komanla bagi orang sebab aku rasa suma orang pun penah buat tapi kasi canla dekat aku, ni baru fes time aku buat sebab selalunya pigi nyibuk ja makan kek batik orang hihi :D cumanya ada bahan² dia yang kena angkut dari msia, for ex milo n browning, jadi kalo kamu mau improvise sendiri² dengan apa yang ada boleh ja kut (suka atinya ja haha :p )


Bahan²:
10 biji telur
250g mentega
3/4 gelas susu manis
1 gelas milo
2 gelas tepung gandum
2 sudu besar gula browning
1 gelas gula halus
~300 g biskut marie (dipatah²kan)

Cara² buat:
1) pukul gula dengan mentega, lepastu masukkan telur sebiji demi sebiji. kacau.
2) masukkan susu, milo n browning, kacau lagi.
3) last² masukkan tepung. 
4) masak adunan tadi di atas api yang kecil, bila suda masak asingkan sikit adunan tadi di piring len, then masukkan biskut marie dalam adunan yang sda masak tadi.
5) lapis acuan dengan plastik (nanti senang bila mau potong kek).masukkan adunan yang sda dicampur ngan biskut marie and tekan adunan tadi kasi sama rata. 
6) letak adunan yang diasingkan tadi and ratakan. like this kek kita nampak cantik sket sebab xnampakla biskut² marie tukan :)

voila voiluuuu! ^^


mercredi 2 novembre 2011

Udang masak butter.

salam.

this dish is one from my favourite. harini tiba² terasa mau makan so alang² sda masak tu letakla dekat blogkan.manala tau nanti lupa cemana mau masak boleh rujuk di sini:) 


Bahan²:
300g udang 
125g butter
2 biji telur
sedikit susu
tomato
halia
cili padi
sikit kunyit
garam/gula/penambah rasa

Cara² buat:
1) gaul udang (dibuka kulit or x, ikut suka :) ) dengan sedikit kunyit and garam, lepastu goreng.bila sda garing angkat.
2) panaskan kuali, then msukkan butter. bila butter sda cair, masukkan halia, cili padi and tomato.
3) masukkan udang yang sda digoreng tadi, gaul.
4) masukkan 2 biji telur, gaul. 
5) masukkan sedikit susu, gaul lagi.
6) adjust² rasa. siap!

btw, udang tu kena goreng dulu supaya nanti bila kita makan teda rasa udang yang hanyir tuh.dulu aku penah ja trus masukkan udang tu dalam kuah butter, siyes nda sedap. soo mau nda mau kena juga goreng. voila voiluu.

till then :)

mardi 1 novembre 2011

Soto makasar

salam.


kalini mau kongsi resepi soto makasar! :) aku ni memang hantu soto. rasanya setiap minggu aku akan buat soto nih. bukan apa, kalo di Labuan busan² pigi makan soto. so bila nda makan soto tu rasa macam kehilangan plang cewahhh ayat mau bunga² ja kan hahaha. eh sori termerepek plang hihi. ok here goes: 




Bahan²:
sebiji bawang besar (dipotong halus²)
2 ulas bawang putih (dipotong halus²)
seinci halia
sup bunjut
daging (dipotong kecik²)
air (lebih kurang 2 mangkuk )
3/4 cawan santan pekat
125g kacang goreng (dikisar halus)
garam/gula/penambah rasa
p/s: kalo lagi banyak santan n kacang kisar lagi sedap sebab lagi berlemak :D


cara² buat dia senang aja dong :D
1) tumis bawang besar,bawang putih and halia sampai kekuning²an.
2) masukkan air, daging dan sup bunjut. biarkan selama lebih kurang 20-30 min (sampai daging empuk)
3) masukkan kacang goreng yang dikisar tadi then santan lepastu kacau and biarkan 10-15 minit gitu.
4) adjust² rasa. yeay siap!!


senangkan kan kan? tryla buat jugak:D

mercredi 12 octobre 2011

Bubur pedas nenek.

Salam.

harini terasa macam mau makan something different, so last² decide buat bubur pedas nenek. bubur ni senang ja mau buat, and yang paling pentingnya, dia sedap! ;) untuk bubur ni aku masak 1 pot nasi ja, tapi bila dia kembang jadi macam 2 pot plang T.T kalo korang mau banyak isi kasi banyakla lagi bahan dia, dia xkesah pun, asalkan nanti untuk rasa dia pandai²la mengadjust keh!



Bahan²:
sebiji bawang besar / bawang merah (dihiris²)
2 or 3 ulas bawang putih (dihiris²)
ayam potong kecil² (ikut suka mau letak or x)
udang kering ditumbuk (kuantiti ikut suka)
lada hitam / putih
garam

Cara² buat:
Tumiskan bawang besar dan bawang putih, kemudian masukkan ayam lepastu gaul sampai ayam masak. Kemudian masukkan udang kering, lada hitam and garam, gaul lagi sekali. Bila sda siap masukkan bahan² yang digoreng tadi dalam bubur and then kacau sampai sebati. siap!!!! ;)

senang gila kan buat? tryla buat, siyes sedap! :)

mardi 11 octobre 2011

Ayam Masak Lemak Harum.

Salam!

harini kamera baru sda sampai!!^^ jadi semangat sketla kan mau masak hehe. ekceli reti ja masak masakan ni, tapi selalunya men campak² ja asal ada rupa, tapi rasa dia hampes T.T so harini mari kita belajar resepi yang betul! ^^


Bahan²:
2 potong ayam
Sayur ( tomato / kentang / lobak)
Santan ( lebih kurang segelas)
Sedikit kunyit

Bahan untuk dikisar:
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
Seinci halia
3 biji lada padi
1/2 batang serai
Daun kesum

Cara² buat:
1) Panaskan minyak di kuali, kemudian tumiskan bahan² dikisar tadi sampai keluar bau.
2) Masukkan santan, kunyit dan daun kesum lepastu gaul sampai sebati.
3) Masukkan ayam dan sayur.Biarkan masak dengan api sederhana selama kira² setengah jam. 

Sesuai dimakan dengan nasi yang panas². nyummy!! 


sumber resepi, klik sini

samedi 8 octobre 2011

Lasagna.

Salam.

Harini teringin mau makan lasagna, so try buat for the first timenya. ekceli yang first try ni ndala jadi sangat, sebab aku ikut resepi kat sini tapi bahan² nda cukup sebab acuan nda sama kali.(acuan aku 25x18cm) so supaya nanti bila aku mau buat ngam ngan acuan aku, aku adjust² sket ingredients dia. and ouh ya, oleh sebab bahan nda cukup so rupa dia nda cantik haha.but don't judge by it's cover okkkkk sebab lasagna ni sedap!!!! (haha nak gak kan) :p


Ingredients :
Lasagna noodles (beli yang xpayah precook punya keh)
600 g ayam or daging hancur (dipotong nipis²)
400 ml sos bolognaise (beli sedia di kedai, contohnya Panzani)
Cendawan dalam tin
Sebiji bawang (dihiris²)
Cheese parut

Sos béchamel:
500 ml susu 
2 sudu besar tepung
~50g mentega

Cara² buat:

Tumis bawang sampai kekuning²an, lepastu masukkan ayam sehinggalah ayam masak. Kemudian masukkan sos bolognaise and cendawan.Kacau rata.




Di periuk lain, kita sediakan sos béchamel dia keh. mula² kita cairkan mentega. Lepastu masukkan tepung sambil gaul and then kacau sampai sebati. Last² masukkan susu and kacau sampailaaa dia jadi pekat. voilà sos kita sda siap! ^^




Sekarang ni tinggal mau buat lapisan dia jak lagi. Sebelum tu jangan lupa gosok( ka letak? lol) acuan dengan mentega.Firstly, susun lasagna noodles di atas acuan lepastu buat 1 lapisan ayam bolognaise tadi, and then buat satu lapisan sos béchamel. kalo nak sedap tambahla sket cheese parut.Ulang balik sampaila bahan abis.Bila sda abis, letak lapisan terakhir lasagna noodles and then nipiskan sos béchamel di atas dia, tambah sket cheese parut.Bakar di oven selama 30-45 minit sampai kekuning-kuningan, T°= 200°C :D

Yeay lasagna kita sda siap!! Bon appetit! :)

dimanche 2 octobre 2011

Ayam Masak Kicap.

salam.

arini aku try resepi baru ayam masak kicap and sedap! lepasni bolehla pakai resepi ni, yang resepi ayam masak kicap aku yang dulu tu xpayahla pakai lagi hehe.


Bahan²:
2 ketul ayam
1 sudu kicap cair
1 sudu pes tomato
1 batang serai (dipotong²)
Sedikit air jawa (kalo xmau pun xpa, sebab pes tomato tadi pun sda kasi masam kuah)
Sayur²
Sedikit serbuk lada hitam
Gula/garam/penambah rasa

Bahan² blend:
5 keping lada kering
Bawang putih
Bawang besar

Cara² membuatnya:
1) Tumiskan bahan² blend ,serai and lada hitam sampai pecah minyak.Kemudian campurkan sikit air.
2) Tambahkan kicap dengan pes tomato.Kacau sampai sebati.
3) Masukkan ayam dengan sayur. Biarkan sampai masak.
4) Bila ayam sda masak, masukkan air asam jawa and then adjust² rasa kuah dengan garam/gula/penambah rasa. Siap!!! ;)

Cubalah! :D

vendredi 30 septembre 2011

Mee Jawa Sarawak ;)

salam.

harini aku bosan sebab malamni teda apa² acara (pegi kuar g makan² ka, tengok cinemaka, men bolingka),nampaknya budak² Rennes memang mau duduk diam² di rumah ja kut.uhukkk. jadi pa lagi, jom kita masak! so menu aku harini : Mee jawa sarawak!!!;)  aku first kenal ngan dish ni pun time di Miri, sebab time aku sekolah menengah sebulan sekali time balik bermalam tu mesti aku kena pigi Miri untuk review braces aku. dekat sebelah klinik tu ada restoran, and tiap kali pigi mesti aku akan makan mee jawa sebab SIYESS sedap!!! ekceli lama sda mau buat dish ni, tapi aritu try cari teda, yang ada pun resepi mee jawa semenanjung punya. and kemarin cari punya cari jumpa!!!! ni first try aku buat and hasilnya tara!!!!


cara buat:
1) rebus daging or tulang ikut suka kamu, tapi kalo macam aku ni terpaksala guna daging sebab tedanya tulang kan dibuat sup neh hehe.
2) dekat kuali len, tumis bawang and campurla rempah apa², then masukkan sesudu kari(campurla air sikit). bila sda pecah minyak campurkan sesudu gula untuk kasi gelapkan warna kari tuh, masak sampai sebati dengan api perlahan.
3) masukkan air rebusan+daging tadi dalam tumisan tadi, and campur. kalo mau kasi pekat tambahla tepung jagung.
4) tambahkan garam/gula/penambah rasa. siap!^^

aku teda apa² untuk dihias jadi dia maybe nampak dull sket.hehe lepasni kalo aku malas masak bolehla try buat sebabnya simple and sedap! and ouh ya ekceli warna kuah dia shud be lagi gelap,maybe sebab aku pakai air rebusan daging ja so kuah dia nampak macam warna kari. so ada tambah kicap sikit supaya warna dia gelap hehe.till then! ;)



jeudi 29 septembre 2011

Ayam Masak Asam Pedas

salam uolss!!;)


ni first time buat blog masak² ni. ekceli aku ndala pandai masak pun, tapi aku create this blog supaya aku lagi rajin mau masak and try lagi banyak new recipes. En plus, bolehla aku kongsi ngan kamu² suma recipe kan! untuk friends aku di fb, kamu mesti bosan or tensen tengok aku asyik post gambar makanan ja kan? :D well lepas ni aku xakan buat lagi.sebab SUUMAAAA aku post sini! apa² pun, kalo kamu mau try recipe yang aku kasi ni boleh ja, tapi kalo nda sedap aku nda tanggung aa, sebab aku masak ni pun men campak² ja (cewah bajet macam terrer ja kan campak² ni kan hahha :p ) okla, selamat membaca, selamat men'jamu' mata and kepada siapa² yang mau try tu selamat mencubalah ya! ;)

okla untuk post first ni aku mau kongsi ngan korang resepi ayam masak asam pedas aku ;)


Bahan² A:
2 potong ayam
pes tomato or air asam jawa (tapi kalo warna dia lawa pakaila pes tomato :D )
sedikit belacan
serai 
daun kesum
sayur ( lobak , cendawan etc)
garam/gula/penambah rasa

Bahan² B:
5 keping lada kering (ikut suka kalo mau pedas tambahlah lagi)
bawang putih or bawang besar
sikit air

Cara²:
blend bahan² B, lepastu tumis sampai pecah minyak.masukkan belacan and pes tomato, kacau lagi. lepastu masukkan ayam, serai, daun kesum and sayur.biarkan ayam masak dengan api sederhana.last² skali masukkan garamka, gulaka, penambah rasaka, ikut suka anda² lah yee.ok siap sdaa!!! :D


ouh ya aku nda reti lagi mau present masakan aku lawa², tengokla minyak dia pun berterabur kat tepi² tu sebab aku malas mau lap (lapar bha, mana boleh pikir sda hehe).lepastu gambar pun men hentam jakkan, ndala pandai mau ambil gambar. soo hentam² jakla kan, asalkan bahagia :D 


nantilah kalo aku rajin mau buat projek masak aku post lagi.tc! ;)