jeudi 24 mai 2012

Mee kari.

salam.

time sibuk² kerja ni lah mau mengidam itu ini kan. last² mau nda mau terpaksala masak sendiri, kalo di msia senanglah, keluar ja pigi gerai makanan mesti ada punya (isk rindunya sama msia). btw mee kari labuanlah yang aku idam²kan dari minggu lepas, oleh sebab nda tahan lagi so aku pun masakla walaupun rasa penat gila lepas balik kerja and terasa macam mau makan ayam goreng ja mcm selalu huhu! well, kena practice, nanti kalo suda kahwin macamtulah hidup aku nanti, penat kerja pun kena masak jugak cewah (kalo cakap pasal kahwin laju ja kan hiks!)


selalunya dulu kalo buat mee kari aku masak ja kari macam besa then rebus spaghetti then siap! lepastu teringat mama ada cakap kalo mee kari ni slalunya kari dia letak udang kering. bila try betulla, memang rasa mee kari betul!

bahan²: (makan 3-4 orang)
spaghetti /mee kuning
200g dada ayam (potong dadu)
2 sudu serbuk kari
bunga lawang, kayu manis etc (optional)
1 tangkai daun kesum
telur (direbus)
sayur (lobak, tomato, kentang)
sawi dan taugeh sebagai hiasan  (xletak sebab xjumpa kat sini huu)
bawang goreng

bahan² kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2-3 tangkai cili kering
~segenggam udang kering

cara²:
1) tumiskan bahan² kisar, kemudian masukkan serbuk kari yang dibuat pes hingga pecah minyak
2) masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan sedikit air.
3) masukkan sayur dan daun kesum, biarkan mendidih.
4) last² masukkan santan dan tambahkan garam.
5) hidangkan bersama mee kuning/ mee spaghetti disertai dengan telur rebus dan bawang goreng.

dimanche 20 mai 2012

Sup telur simple.

salam.

dulu time kecil² mama selalu sangat buatkan sup telur. sup ni senang dan cepat untuk disediakan, xpayah pakai banyak barang sangat. kalo da malas sangat masak, goreng ayam ja selalu (macam ak hehe) bolehla masak sup ni as a side dish, xdakla kering sangat makan nasi ngan ayam goreng ja kan. à refaire nanti, terutamanya time busy mau exam :D


Bahan²:
2 ulas bawang putih (dihiris²)
1 biji bawang besar (dihiris²)
1 sudu kecil black pepper
2 biji telur
1/4 carrot (potong dadu)
sedikit daun sup
air secukupnya
garam/ penambah rasa
*boleh tambah jugak kentang, ikut citarasa sendiri

Cara² buat:
1) Tumiskan bawang putih, bawang besar dan black pepper.
2) Masukkan air dan carrot, biarkan mendidih sampai carrot lembut.
3) Perasakan dengan garam dan penambah rasa.
4) Masukkan telur masa air menggelegak. *Kalo xsuka telur berketul bolehlah kacau, kalo xbiarkan aja, lepas beberapa minit baru kacau*
5) Biarkan mendidih sekejap dan padamkan api. Taburkan daun sup sebagai hiasan.

Kek pisang.

salam.

ekceli aku xminat pun makan kek pisang. kalo mama belikan kek pisang memang ak pandang sebelah mata jalah, bila sampai sini barulah mau makan kan, gediks! bila buat adunan tu aku xkonfiden pun dia akan jadi, sebab adunan dia xse-liquide adunan kek yang selalu aku buat sebelum² ni. tapi lepas keluar dari oven, it was a total surprise for me: the cake turns out to be a total success, though cik peyn² cakap i should make it more 'moelleux'. oh well, i like it the way it is, so i'm surely gonna make another one for my family this summer for minum petang, mesti best :D


Bahan²:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula
2 biji telur
2-3 biji pisang (dilecek²kan)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak masak
sedikit butter

Cara²:
1) Sapukan butter pada permukaan acuan dan panaskan oven pada suhu 180 °C.
2) Putarkan telur dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanilla, pisang, putar.
3) Kemudian masukkan tepung dan soda bikarbonat, putar lagi.
4) Akhir sekali masukkan minyak dan kacau sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek dan bakar selama lebih kurang 40 minit pada suhu 180 °C.


dan hasilnya, tadaaaa! sedapp!! :D

mardi 15 mai 2012

Ayam sambal hutan.

salam.

kalini try untuk masak ayam selepas beberapa hari asyik masak yang simple² ja ahaks. jumpa resepi ni kat sini. resepi ni simple ja and senang. cubalahh =D


Bahan²:
2 ketul ayam
2 inci lengkuas
1 batang serai
garam/gula

Bahan² kisar:
1/2 sudu serbuk ketumbar
sedikit jintan
5-6 keping lada kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
kunyit (i xletak)

Cara² buat:
1) tumiskan bahan² kisar bersama² lengkuas dan serai.
2) masukkan ayam dan sedikit air. biarkan mendidih.
3) hidangkan.

Bon app!! :)

dimanche 13 mai 2012

Butter bread pudding.

salam.

sori lama suda nda update blog. bulan 4 tu family datang, then got Rennes Games then final exams.. lepas exams tu memang liat mau masak almaklumla time exams tu makan makanan segera ja kan hihi. sekarang ni start stage/praktikal suda, so ada la masa untuk buat projek. kemarin try untuk buat butter bread pudding, untuk resepi asal sila klik di sini. resepi ni sesuai di buat untuk minum petang or sarapan pagi. senang ja mau buat and hasilnya memang perghhh sedaap!! lagi² bila makan time panas² baru kuar dari oven memang bertambah² la makan :D


Bahan²:
10-12 keping roti
2-3 pisang masak
peanut butter secukupnya
chocolat rice
kismis

Bahan A:
2 cawan susu segar
1 sudu besar gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B:
1/4 sudu serbuk kayu manis
1 sudu besar gula *(satukan kedua² bahan ini)

Cara² membuatnya:
1) Mulakan dengan bahan A: pukul gula dengan telur menggunakan whisk. then masukkan telur and esen vanilla and gaul sebati.
2) Panaskan oven pada suhu 170°C. sapukan butter pada permukaan acuan.
3) Sapukan roti dengan peanut butter and potong kepada 4 bahagian.
4) Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang dipermukaan acuan, boleh juga ditaburkan chocolat rice kalau suka.
5) Lapiskan lagi dengan kepingan roti mengikut cita rasa sampai habis.
6) Tuangkan bahan A sehingga rata. Kemudian taburkan chocolat rice, kismis and bahan B.
7) Biarkan sebentar supaya bahan A menyerap dalam roti. 
8) Bakar selama 35-40 minit atau sehingga keperangan pada suhu 170°C. Hidangkan.


hasil selepas masak. sedapppp!