samedi 26 janvier 2013

Pizza.

Salam.

harini aku puasa, semangat mau abiskan puasa qada' time winter ni sebab waktu puasa dia pendek hehe. so untuk berbuka aku try untuk buat pizza. ekceli suda pernah buat haritu tapi nda brapa jadi sebab crust dia keras. kalini alhamdulillah berjaya ^^

sumber: Pizza facile
bahan² doh:
~200g tepung gandum
3 sudu minyak
1 peket yis (dilute dalam 20 ml air panas)
garam
gula

bahan² topping:



purée tomato, cendawan dalam tin, ayam, capsicum, surimi (kalo xmau letak pon xpa), mozarella..

Cara² buat:
1) Masukkan tepung, minyak, yis yang telah dilarutkan dalam air panas, garam dan gula, kemudian gaulkan sehingga menjadi doh. Doh suda sedia apabila kita try untuk cucuk sedikit doh, permukaan doh 'melantun' kembali kepada bentuk asal. Biarkan doh dalam bekas tadi, tutup dengan aluminium foil, biarkan selama lebih kurang setengah jam untuk mendapatkan crust yang rangup. Kalo mau crust yang lembut, biarkan 2-3 jam.

2) Tuangkan sedikit minyak di atas acuan, ratakan. Lenyekkan doh tadi atas acuan, kemudian sapukan purée tomato. Hiaskan pizza dengan ayam, surimi, capsicum yang dipotong kecil dan cendawan. Akhir sekali taburkan cheese mozarella.

3) Bakar pizza pada suhu 200°C selama lebih kurang 20 minit atau sehingga permukaan pizza jadi kekuningan.


bon appétit! ;)

vendredi 25 janvier 2013

Nasi Ayam.

salam.

it's the weekend again! macam besa, harini mengidam macam². terbayanglah pulakkan kesedapan nasi ayam. miamm. lama suda nda buat. dulu first time buat rasa susah and banyak kerja, tapi bila da buat banyak kali rasa xdalah susah sangat pon. hee bole x gediknya statement tuh :p le voila hasilnya :)


Bahan untuk sup ayam:
2 potong ayam
1 biji bawang besar(dihiris²)
2 ulas bawang putih (dihiris²)
2 inci halia
1 kiub ayam
tomato
garam/penambah rasa

Bahan untuk nasi:
kunyit
sedikit butter
kismis
garam

Bahan untuk perap ayam:
1 biji bawang besar (dihiris²)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
madu (untuk disapu atas ayam lepas ayam dibakar)

Bahan sambal:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4-5 keping lada kering
2 inci halia

Cara²:
1) Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan tomato, kemudian masukkan air dan kiub ayam. Masukkan ayam, biarkan reneh lebih kurang 20-25 minit dengan api yang sederhana.

2) Sementara tu bole sediakan bahan perap ayam. Campurkan bawang besar, bawang putih, kicap masin, kicap manis dan sos tiram dalam satu mangkuk. Keluarkan ayam daripada sup dan campurkan dengan bahan perap tadi. Biarkan seketika. Panaskan oven pada suhu 200 °C. Letakkan ayam di atas besi lobang² dalam oven, jangan lupa letak acuan besi oven di bawah besi tadi supaya 'kuah' dari bahan perap tadi tidak mengotori kawasan bawah oven. Biarkan lebih kurang 10 minit atau sampai permukaan ayam kehitaman, sapukan madu dan terbalikkan ayam. Selepas 10 minit ulang langkah menyapu madu tadi. 

3) Gunakan sup ayam yang direneh tadi untuk masak nasi. Taburkan sedikit kunyit, masukkan kismis, butter dan garam. Masak dengan rice cooker seperti biasa.

4) Untuk sambal, tumis bahan² kisar tadi, kemudian masukkan gula, garam dan penambah rasa. Boleh juga dimasukkan air asam jawa jika mau.

Jadilah nasi ayam! sedap dimakan dengan salad dan sup ayam panas² especially time sejuk² camnih. itadakimasu! ^^

samedi 19 janvier 2013

Gratin de Légumes.

Salam uolss.


it's the weekend again! kemarin snow di Rennes. excited gila tengok snow tu turun. apatah lagi bila dapat menjejakkan kaki kat snow. melompat terus! :p tapi harini bila tengok snow nda cair lagi macam malasla jugak mau keluar beli barang, tapi sebab barang rumah memang suda abes, so mau nda mau kenalah juga keluar. memang jalan macam itik sikit, nda bole mau jalan laju² macam selalu, silap langkah memang tergolekla eh. tu jalah yang nda bestnya bila snow tengah dalam proses mau mencair. snow yang gebu tu jadi ais so jadilah licin. 

panjang betullahkan mukadimmahnya. hihu. so harini terai buat gratin de légumes. di sini disertakan maksud gratin, dipetik dari wikipedia :)


"Gratin (French pronunciation: ​[ɡʁatɛ̃]) is a widespread culinary technique in food preparation in which an ingredient is topped with a browned crust, often using breadcrumbsgrated cheese, egg and/or butter."

légumes pulak is sayur in french. which is why gambar di bawah ni dipenuhi dengan sayur. hihi 


Sumber: Gratin trop choux ! Fleurs, brocolis, romanescos..
Bahan²:
Brocoli
1/2 kubis bunga
2 gelas susu segar
3 biji telur
Cheese emmental
Garam
Black Pepper

Cara²:

1) Rebus brocoli dan kubis sayur dalam air garam selama 15 minit.Jangan rebus lama sangat nanti sayur jadi sangat lembut. 
2) Sementara tu sediakan topping. Dalam bekas lain masukkan telur, susu, garam dan black pepper, gaul sekali. 
3) Selepas direbus, toskan air sayur betul², then letakkan di atas permukaan acuan. Tuangkan topping tadi dan taburkan cheese emmental. 
4) Bakar dalam oven pada suhu 180-200°C selama 20 minit atau sehingga permukaan gratin jadi kekuning-kuningan.

Senangkan mau buat resepi ni? Aku rasa kebanyakan masakan french lebih kurang macam ni ja. simple and senang mau dibuat. Bon appétit peeps! :)

jeudi 17 janvier 2013

Ikan masak sambal.

salam.

kemarin oleh sebab kesuntukan idea dan masa aku pun teraila masak ikan sambal ni. ekceli macam x menjadi sangat sebab bila goreng filet ikan tu dia hancur T.T tapi bila lepas da digaul ayu² dengan kuah dia and terai makan ngan nasi sedap pulok :D belum rasa belum tau gitu. cewah :p


Bahan²:
Filet ikan + kunyit + garam
1 biji bawang besar (dihiris²)
1 batang serai (dititik)
Sedikit air asam jawa

Bahan² kisar:
4 keping lada kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara²:
Tumis bahan kisar dengan serai sampai wangi. Masukkan air asam jawa, gula/garam/ serbuk perasa untuk sesuaikan rasa. Masukkan bawang besar yang dihiris tadi beserta dengan ikan yang telah digoreng. Hidangkan dengan nasi panas².

Mudah untuk dibuat dan sedap bila dimakan. nyumss.

dimanche 13 janvier 2013

Popia Goreng.

salam uols :)

sihat? harini buat apa ja? kemarin sebab da bosan sangat kat umah petang tu aku buat kek batik. malam lak lepak kat rumah FNN, nyibuk adin buat popia :D sedap popia ni, lagi² bila dimakan panas² and dicecah dengan sos thai yang manis, and of course bertambah² lah lagi sedapnya bila dimakan beramai² :)


Bahan²:
Kulit popia
Taugeh (1 peket)
Carrot (dihiris)
Bawang besar (dihiris)
Udang kecik (peket kecil)
Ayam (dipotong kecil)
1/2 kiub ayam

Cara²:
Tumiskan bawang, kemudian masukkan ayam, goreng sampai ayam hampir masak. Then masukkan taugeh, carrot, udang dan kiub pati ayam. Gaul sebati. Masukkan sedikit air. Biarkan sampai 'kuah' dia kering. Letakkan isi dalam kulit popia dan lipat cantik² sebelum digoreng dalam minyak panas untuk mendapatkan popia yang sedap dan rangup.


Take care ^^

vendredi 11 janvier 2013

Udang masak merah.

salam.

finally, it's the weekend! ^^ baru seminggu kelas tapi banyak gila benda belajar. semua cikgu pun berlumba-lumba mau abiskan silibus sebelum awal bulan 3 ni. bertabah sajalah kan. hihu. harini masak udang masak merah. first time buat. sedap! macam rasa udang masak merah yang selalu mama tapau time kecil kat gerai makan di pasar dulu. nostalgia betul :)


Bahan²:
250g udang (dibuang kulitnya)
1 biji bawang besar (hiris²)
2 inci halia (hiris²)
1 sudu besar purée tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 batang serai
Lobak (dipotong kecil)
Tomoto (dipotong kecil)
Lada hijau (dihiris²)

Bahan² kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 keping lada kering

Cara²:
Tumis bawang dan halia, kemudian masukkan bahan² kisar, tumis lagi sampai naik bau. Kemudian masukkan purée tomato, sos cili, sos tiram, serai dan sedikit air. Masukkan udang, tomato dan lobak. Biarkan masak selama 20-25 minit. Akhir sekali masukkan lada hijau dan sesuaikan rasa. Sedia dimakan dengan nasi panas².

Take care! :)

mardi 8 janvier 2013

Daging paprik.

Salam.

hari ahad tu aku try masak daging paprik. tiba² teringin. hihu. resepi aku rujuk kat SINI. le voilà hasilnya:


ekceli aku nda ikut 100% pun resepi ni, kira improvise sikitla. apa² pun kredit kepada tuan punya blog! sedap sangat! :)

Bahan²:
200g daging
1/2 batang carrot potong segi empat
1 biji bawang besar (dihiris halus)
2 helai daun limau purut
1 batang serai
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil kicap manis
garam
air

Bahan dikisar:
lada kering + 1 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih

Cara²:
Tumis bawang besar yang dihiris halus, kemudian masukkan daging. Goreng sekejap selama 5 minit. Kemudian tumis sekali bahan² kisar bersama bahan tadi hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap, daun limau purut, serai dan sedikit air. Biarkan mendidih. Sesuaikan rasa.

sedap dimakan dengan nasi putih or nasi minyak panas². nyumss.

jeudi 3 janvier 2013

Tart telur.

Salam.

Oleh sebab harini da bosan sangat nda tau mau buat apa, so aku pun terailah buat tart telur. Ekceli time buat tadi ada difficulty sket sebab penimbang 2 euros yang aku beli di Béthune dulu rosak.. sedih betul. Yang tinggal penyukat volume saja. Mau nda mau terpaksala jadi 'bijak' sikit dalam mengconvert berat bahan² kepada volume dengan menggunakan density general bahan berkenaan. for example aku mau 110g gula. density general gula is 0,849g/ml. So dari situ aku pun dapatla volume gula yang aku perlukan. Berguna jugak apa yang aku selalu buat untuk report lab eh. hihu.


Resepi ni diambil daripada SINI. Aku try cara yang 2nd punya untuk mendapatkan tart yang rangup pabila dimakan. And ofcoz, rupa tart telur aku nda la selawa dalam blog yang aku rujuk ni, as always aku hentam² ja buat. Tulah rupa nda berapa mau lawa. hihu.

Selamat mencuba! :)

mercredi 2 janvier 2013

Kek Durian.

salam uollss.

sori suda lama nda mengupdate blog. been bizehh lately. ngan lab reports yang berlambak kena hantar, exam final sem 1, uruskan internship lagi, jadi nda menang tangan dibuatnya. time² bizeh macam tu memang malas sangat² mau buat projek masak ni, selalunya masak nasi and goreng telur ja. hihi. memang terbaiklah kan anak dara :p btw, Selamat Tahun Baru 2013 korangs. semoga tahun ini lebih baik daripada tahun² sebelumnya, amin :)

kek ni memang da lama mengidam mau makan, dulu time raya mama selalu buat. as always, kek durian ni memang laku, dalam satu hari ja abis sebab sedap sangat. kek durian ni aku terai buat lepas abis exam aritu. ngam lagi beberapa ari lepas tu aku pegi ke Istanbul untuk bercuti ngan teman², bole la kasi diorang rasa jugak. ala² 2 in 1 gitu.


Bahan²:
325g mentega
7 biji telur
2 gelas tepung
1 gelas isi durian
1/4 tin kecil susu manis
Baking powder

Cara² buat:
Pukul mentega dengan telur sampai rata. Kemudian masukkan tepung sikit², isi durian, susu manis and baking powder. Bakar pada suhu 180 °C selama 30-45 min atau sehingga permukaan kek jadi coklat.

Selamat mencuba! :)