hari ahad tu aku try masak daging paprik. tiba² teringin. hihu. resepi aku rujuk kat SINI. le voilà hasilnya:
ekceli aku nda ikut 100% pun resepi ni, kira improvise sikitla. apa² pun kredit kepada tuan punya blog! sedap sangat! :)
Bahan²:
200g daging
1/2 batang carrot potong segi empat
1 biji bawang besar (dihiris halus)
2 helai daun limau purut
1 batang serai
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil kicap manis
garam
air
Bahan dikisar:
lada kering + 1 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih
Cara²:
Tumis bawang besar yang dihiris halus, kemudian masukkan daging. Goreng sekejap selama 5 minit. Kemudian tumis sekali bahan² kisar bersama bahan tadi hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap, daun limau purut, serai dan sedikit air. Biarkan mendidih. Sesuaikan rasa.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire