salam.
aku xgemar sangat makan ikan sebab bila siang ikan ja mesti tangan luka tercucuk sisik la, tercucuk tulangla, terpotong tangan pakai pisau. everlasting maudit la yang pentingnya. hoho. tapi sebab asyik² makan ayam and maggi, last² masakla saja ikan kan. beli yang filet saja. terai² mau masak ikan sweet sour sebab sebelum ni xpenah lagi buat. and hasilnya:
taraaa!!! hepi sangat sebab menjadi. and rasa dia memang perghhh sedap gila. selalunya aku rasa masakan aku ndala sesedap mana pon, ni first time puji diri sendiri ni. eheh. kasi can la aa :p
resepi untuk ikan masak sweet sour yang spesel ni:
bahan² ikan:
2 keping filet ikan (dipotong dua)
3 sudu tepung jagung
1 sudu tepung gandum
garam
sebiji telur
filet ikan dicelup dalam telur yang suda dipukul then celupkan dalam aduanan tepung + tepung jagung + garam. biarkan selama kira² 15 minit sebelum digoreng dalam minyak yang panas. ketepikan sementara menyediakan kuah dia.
bahan² kuah:
1 biji bawang besar (dihiris²)
3 ulas bawang putih (dihiris²)
2 inci halia (dihiris²)
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu purée tomato
1 sudu serbuk cili (bancuh dengan sedikit air)
sayur ( lobak merah, cendawan...)
cili hijau hiris (kalo xmau pedas xyah letak)
1/2 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Tumis bawang besar, bawang putih and halia, kemudian masukkan sos cili, sos tiram, puree tomato dan bancuhan serbuk cili beserta sedikit air. Masukkan sayur², biarkan mendidih. Last sekali masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah. Adjust rasa. siap!
take care! ;)
vendredi 9 novembre 2012
jeudi 1 novembre 2012
Homemade Chicken Pie
salam.
2 x 230g ready made dough
30ml light cream
400g cendawan segera
350g kacang peas + carrot segera
2 biji bawang besar (potong dadu)
400g dada ayam (dipotong kecik²)
penambah rasa
black pepper
garam
2)Panaskan oven pada suhu 220°C. Ratakan dough pada permukaan acuan, bakar ~ 10 minit dalam oven or sampai dough jadi kekuningan.
3) Masukkan fillings tadi ke dalam acuan, tutup dengan dough, potong lebihan dough kat edges acuan.
4) Bakar selama ~45 minit, T° = 220 °C.
voila voiluu ;)
minggu lepas kami sambut Raya Haji di rumah FNN. berkumpul makan ngan semua rennais. mula² aku mau buat nasi lemak tapi lepastu bila fikir² macam sayang juga mau korbankan ikan bilis aku. haha kedekuts. precious itu okayyy. so last² teraila buat chicken pie ^^ frankly speaking aku pun nda taula apa rasa chicken pie ni, aku main buat² ja haha. and aku rasa resepi ni senang ja, sebab banyak bahan dia pun segera, aku just campak² ja :p
Bahan²:
2 x 230g ready made dough
30ml light cream
400g cendawan segera
350g kacang peas + carrot segera
2 biji bawang besar (potong dadu)
400g dada ayam (dipotong kecik²)
penambah rasa
black pepper
garam
Cara² buat:
1)Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, gaul sampai ayam masak. Masukkan cendawan, kacang peas & carrot and cream. Gaul rata (boleh masukkan air sikit kalo terlampau pekat). Masukkan penambah rasa, black pepper and garam.Biarkan masak selama 10-15 minit.2)Panaskan oven pada suhu 220°C. Ratakan dough pada permukaan acuan, bakar ~ 10 minit dalam oven or sampai dough jadi kekuningan.
3) Masukkan fillings tadi ke dalam acuan, tutup dengan dough, potong lebihan dough kat edges acuan.
4) Bakar selama ~45 minit, T° = 220 °C.
samedi 20 octobre 2012
Mushroom Soup & Garlic Bread
salam uolss!
Bahan untuk mushroom soup:
50 g mentega
1 sudu tepung jagung + 1 sudu tepung gandum
500 ml susu
6-7 cendawan dihiris nipis
sedikit secukup rasa
sedikit garam
Cara buat:
Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung, gaul sekejap, then masukkan susu. Masukkan cendawan dan biarkan mendidih. Bila kuah suda pekat, masukkan secukup rasa and garam. siap!
Bahan untuk garlic bread:
Baguette (roti panjang perancis)
serbuk bawang putih
mentega
Cara buat:
Potong baguette kecik² macam dalam gambar. Letakkan sedikit mentega dan serbuk bawang putih kemudian grill di atas periuk yang suda dipanaskan. Ulang langkah tadi untuk kedua² belah roti.
Bon app et bon weekend! ;)
mau 2 bulan suda nda update blog ni. hehe bukan apa tuan punya blog ni makin lama makin malas mau masak. kalo nda pun malas mau update :D minggu ni kira xbusy sangat sebab kelas ja, minggu depan kiranya seminggu tu jugak lab dari selasa sampai khamis, so selalunya weekend tu nda buat apa² yang projek sebab kena siapkan lab report. alhamdulillah, still diberikan kesihatan,masa dan peluang untuk beraksi di dapur walaupun busy sket and kadang² rasa mau sakit ja disebab cuaca yang semakin sejuk ni. harini aku buat mushroom soup and garlic bread. kalo kat malaysia pergi Pizza Hut selalu order. kat sini tarak order² yer, buat sendiri :p
Bahan untuk mushroom soup:
50 g mentega
1 sudu tepung jagung + 1 sudu tepung gandum
500 ml susu
6-7 cendawan dihiris nipis
sedikit secukup rasa
sedikit garam
Cara buat:
Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung, gaul sekejap, then masukkan susu. Masukkan cendawan dan biarkan mendidih. Bila kuah suda pekat, masukkan secukup rasa and garam. siap!
Bahan untuk garlic bread:
Baguette (roti panjang perancis)
serbuk bawang putih
mentega
Cara buat:
Potong baguette kecik² macam dalam gambar. Letakkan sedikit mentega dan serbuk bawang putih kemudian grill di atas periuk yang suda dipanaskan. Ulang langkah tadi untuk kedua² belah roti.
Bon app et bon weekend! ;)
lundi 13 août 2012
Biskut bermadu cornflakes
Salam.
This one is one of my favourites.. fortunately senang saja mau buat :D iA bila sda ada resepi ni bolehla buat time di Rennes nanti, buat peneman study :p
Bahan:
2 kotak cornflakes (375g x 2)
250g mentega
~ 260g madu
setengah gelas gula halus (kalo madu jenis yang memang manis xpayah masukkan)
Gula berwarna
Cupcakes
Cara membuatnya:
Cairkan mentega di atas periuk dengan api yang pelrahan, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan digaul.
Masukkan madu, gaul dan tutup api.
Tuangkan cornflakes dalam periuk dan digaul dengan kadar yang segera supaya adunan tadi tidak menjadi keras.
Masukkan cornflakes dalam cupcakes dan taburkan gula berwarna. Kemudian bakar dalam oven selama 3-5 minit pada suhu ~ 180 celcius supaya cornflakes melekat antara satu sama lain.
vendredi 10 août 2012
Biskut nenas makmun.
salam and bonjour! ;)
minta maaf sda lama nda mengupdate blog masakan ni. nampaknya azam aku mau belajar masak time balik ni memang tinggal angan jalah. tiap kali mau masak mesti malas. kalo nda pun pergi makan kat luar jer. rasanya bila da tinggal sorang2 kat france tu barula aku terhegeh2 mau try itu ini kan. hee typical me :p so bila sda sibuk mau raya barulah aku join buat projek buat biskut raya. kalo buat seorang memang xakan jadilah sebab aku lagi minat buat kek. skali bancuh then masuk oven and siap! apa2 pun biskut nenas makmun (my aunt) ni memang sedap and crunchy. bukan ikut resepi kat buku tau, ni resepi rahsia dia tapi aku berjaya minta ehee. dun worry aku sda minta izin makmun mau publishkan resepi ni di blog i :D so let's check out makmun's great invention, shall we? :)
~ 100+ biji biskut
Bahan:
3 senduk besar gula halus
5 senduk besar marjerin Daisy
3 biji kuning telur
3 sudu kecil baking powder
3 sudu kecil esen vanilla
10 senduk besar tepung (yang sudah ditapis)
300g jem nenas
Cara membuatnya:
Masukkan gula halus dan marjerin, mix sampai sebati.
Kemudian masukkan kuning telur sebiji demi sebiji, mix lagi sampai kembang and creamy.
Masukkan baking powder and esen, kacau lagi then masukkan tepung sedikit demi sedikit sampailah doh tidak melekat di tangan.
Celakkan doh dengan pencelak biskut, sebelum dibakar letakkan sedikit jem nenas yang dibulat2kan.
Bakar dalam oven dengan api sederhana (~180 celcius) selama lebih kurang 20 minit atau sehingga biskut menjadi keperang-perangan.
Selepas biskut suda masak, sejukkan 5 minit kemudian ratakan dan kemaskan jem yang diletakkan di atas biskut tadi. (jangan tunggu sampai sejuk nanti jem keras!)
Sedia untuk di ngap or disimpan untuk hari raya nanti hee :D
Selamat mencuba!
dimanche 3 juin 2012
Peach cobbler.
salam.
kelmarin tengah hari tj and isteri jemput kitaorng makan² kat rumah dia. so aku pun teraila buat peach cobbler. tahu pasal peach cobbler ni pun sebab baca novel hlovate hehe.
bahan²:
75g butter
125g gula
250g tepung
1 paket serbuk penaik
50cl susu
4 biji peach / nectarines
3/4 cawan air
sedikit garam
cara²:
1) panaskan oven pada suhu 180 °C.
2) masukkan mentega dan gula. kacau sampai jadi creamy.
3) dalam satu bekas lain, masukkan tepung, serbuk penaik dan garam. kemudian masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
4) ratakan campuran mentega dan gula di atas permukaan acuan. kemudian masukkan campuran yang satu lagi diatasnya.
5) taburkan peach di atas adunan tadi. taburkan rata² sedikit gula di atasnya.
6) tuangkan air atas adunan tadi (yes, tuang! :D)
7) bakar dalam oven selama 45 - 1h atau sehingga jadi kekuning²an.
hasilnya,
tadaaa!! looks nice kan? :)) cubalah!
kelmarin tengah hari tj and isteri jemput kitaorng makan² kat rumah dia. so aku pun teraila buat peach cobbler. tahu pasal peach cobbler ni pun sebab baca novel hlovate hehe.
bahan²:
75g butter
125g gula
250g tepung
1 paket serbuk penaik
50cl susu
4 biji peach / nectarines
3/4 cawan air
sedikit garam
cara²:
1) panaskan oven pada suhu 180 °C.
2) masukkan mentega dan gula. kacau sampai jadi creamy.
3) dalam satu bekas lain, masukkan tepung, serbuk penaik dan garam. kemudian masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
4) ratakan campuran mentega dan gula di atas permukaan acuan. kemudian masukkan campuran yang satu lagi diatasnya.
5) taburkan peach di atas adunan tadi. taburkan rata² sedikit gula di atasnya.
6) tuangkan air atas adunan tadi (yes, tuang! :D)
7) bakar dalam oven selama 45 - 1h atau sehingga jadi kekuning²an.
hasilnya,
tadaaa!! looks nice kan? :)) cubalah!
Roti daging.
salam!
jumaat lepas, lab tempat aku praktikal ada buat makan². so ideanya semua orang kena bawa potluck masing². oleh sebab aku tau kalo ak xbawa apa² makanan yang xberat nanti aku xakan makan (manala tau masing² pun bawak porc or jambon ka xka naya tu), so aku pun buatla roti daging. cara penyediaan dia xdala susah mana, cuma macam besalah kena rajin bertukang sket kat dapur. and hasilnya, diorang sangatlah suka ngan roti ni. siap ada yang minta resepi lagi! suka sangat!! :))
bahan²:
9 keping roti
2 biji kentang (potong dadu)
3 biji bawang besar (potong dadu)
1 sudu setengah kari (kalo nak pedas lagi boleh tambah)
200g daging hancur
sedikit dada ayam (xletak pun xpa)
2 biji telur
garam
cara² buat:
1) tumiskan bawang, kemudian masukkan daging, ayam dan kentang. masukkan serbuk kari (xpayah letak air sebab nanti daging and ayam akan keluarkan air sendiri). gaul rata².biarkan mendidih.masukkan sedikit garam. setelah masak biarkan sejuk untuk seketika.
2) leperkan roti dengan penggiling. letakkan sedikit telur yang sudah dikacau di atas permukaan roti. letakkan isi daging dan rollkan roti. untuk lebih senang, i used rolleur sushi :D
3) celupkan roll tersebut kat telur dan goreng sehingga kekuning²an. kemudian potong kecil². hidangkan.
jeudi 24 mai 2012
Mee kari.
salam.
selalunya dulu kalo buat mee kari aku masak ja kari macam besa then rebus spaghetti then siap! lepastu teringat mama ada cakap kalo mee kari ni slalunya kari dia letak udang kering. bila try betulla, memang rasa mee kari betul!
bahan²: (makan 3-4 orang)
spaghetti /mee kuning
200g dada ayam (potong dadu)
2 sudu serbuk kari
bunga lawang, kayu manis etc (optional)
1 tangkai daun kesum
telur (direbus)
sayur (lobak, tomato, kentang)
sawi dan taugeh sebagai hiasan (xletak sebab xjumpa kat sini huu)
bawang goreng
bahan² kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2-3 tangkai cili kering
~segenggam udang kering
cara²:
1) tumiskan bahan² kisar, kemudian masukkan serbuk kari yang dibuat pes hingga pecah minyak
2) masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan sedikit air.
3) masukkan sayur dan daun kesum, biarkan mendidih.
4) last² masukkan santan dan tambahkan garam.
5) hidangkan bersama mee kuning/ mee spaghetti disertai dengan telur rebus dan bawang goreng.
time sibuk² kerja ni lah mau mengidam itu ini kan. last² mau nda mau terpaksala masak sendiri, kalo di msia senanglah, keluar ja pigi gerai makanan mesti ada punya (isk rindunya sama msia). btw mee kari labuanlah yang aku idam²kan dari minggu lepas, oleh sebab nda tahan lagi so aku pun masakla walaupun rasa penat gila lepas balik kerja and terasa macam mau makan ayam goreng ja mcm selalu huhu! well, kena practice, nanti kalo suda kahwin macamtulah hidup aku nanti, penat kerja pun kena masak jugak cewah (kalo cakap pasal kahwin laju ja kan hiks!)
selalunya dulu kalo buat mee kari aku masak ja kari macam besa then rebus spaghetti then siap! lepastu teringat mama ada cakap kalo mee kari ni slalunya kari dia letak udang kering. bila try betulla, memang rasa mee kari betul!
bahan²: (makan 3-4 orang)
spaghetti /mee kuning
200g dada ayam (potong dadu)
2 sudu serbuk kari
bunga lawang, kayu manis etc (optional)
1 tangkai daun kesum
telur (direbus)
sayur (lobak, tomato, kentang)
sawi dan taugeh sebagai hiasan (xletak sebab xjumpa kat sini huu)
bawang goreng
bahan² kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2-3 tangkai cili kering
~segenggam udang kering
cara²:
1) tumiskan bahan² kisar, kemudian masukkan serbuk kari yang dibuat pes hingga pecah minyak
2) masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan sedikit air.
3) masukkan sayur dan daun kesum, biarkan mendidih.
4) last² masukkan santan dan tambahkan garam.
5) hidangkan bersama mee kuning/ mee spaghetti disertai dengan telur rebus dan bawang goreng.
dimanche 20 mai 2012
Sup telur simple.
salam.
dulu time kecil² mama selalu sangat buatkan sup telur. sup ni senang dan cepat untuk disediakan, xpayah pakai banyak barang sangat. kalo da malas sangat masak, goreng ayam ja selalu (macam ak hehe) bolehla masak sup ni as a side dish, xdakla kering sangat makan nasi ngan ayam goreng ja kan. à refaire nanti, terutamanya time busy mau exam :D
Bahan²:
2 ulas bawang putih (dihiris²)
1 biji bawang besar (dihiris²)
1 sudu kecil black pepper
2 biji telur
1/4 carrot (potong dadu)
sedikit daun sup
air secukupnya
garam/ penambah rasa
*boleh tambah jugak kentang, ikut citarasa sendiri
Cara² buat:
1) Tumiskan bawang putih, bawang besar dan black pepper.
2) Masukkan air dan carrot, biarkan mendidih sampai carrot lembut.
3) Perasakan dengan garam dan penambah rasa.
4) Masukkan telur masa air menggelegak. *Kalo xsuka telur berketul bolehlah kacau, kalo xbiarkan aja, lepas beberapa minit baru kacau*
5) Biarkan mendidih sekejap dan padamkan api. Taburkan daun sup sebagai hiasan.
Kek pisang.
salam.
ekceli aku xminat pun makan kek pisang. kalo mama belikan kek pisang memang ak pandang sebelah mata jalah, bila sampai sini barulah mau makan kan, gediks! bila buat adunan tu aku xkonfiden pun dia akan jadi, sebab adunan dia xse-liquide adunan kek yang selalu aku buat sebelum² ni. tapi lepas keluar dari oven, it was a total surprise for me: the cake turns out to be a total success, though cik peyn² cakap i should make it more 'moelleux'. oh well, i like it the way it is, so i'm surely gonna make another one for my family this summer for minum petang, mesti best :D
Bahan²:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula
2 biji telur
2-3 biji pisang (dilecek²kan)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak masak
sedikit butter
Cara²:
1) Sapukan butter pada permukaan acuan dan panaskan oven pada suhu 180 °C.
2) Putarkan telur dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanilla, pisang, putar.
3) Kemudian masukkan tepung dan soda bikarbonat, putar lagi.
4) Akhir sekali masukkan minyak dan kacau sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek dan bakar selama lebih kurang 40 minit pada suhu 180 °C.
dan hasilnya, tadaaaa! sedapp!! :D
mardi 15 mai 2012
Ayam sambal hutan.
salam.
kalini try untuk masak ayam selepas beberapa hari asyik masak yang simple² ja ahaks. jumpa resepi ni kat sini. resepi ni simple ja and senang. cubalahh =D
Bahan²:
2 ketul ayam
2 inci lengkuas
1 batang serai
garam/gula
Bahan² kisar:
1/2 sudu serbuk ketumbar
sedikit jintan
5-6 keping lada kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
kunyit (i xletak)
Cara² buat:
1) tumiskan bahan² kisar bersama² lengkuas dan serai.
2) masukkan ayam dan sedikit air. biarkan mendidih.
3) hidangkan.
Bon app!! :)
dimanche 13 mai 2012
Butter bread pudding.
salam.
sori lama suda nda update blog. bulan 4 tu family datang, then got Rennes Games then final exams.. lepas exams tu memang liat mau masak almaklumla time exams tu makan makanan segera ja kan hihi. sekarang ni start stage/praktikal suda, so ada la masa untuk buat projek. kemarin try untuk buat butter bread pudding, untuk resepi asal sila klik di sini. resepi ni sesuai di buat untuk minum petang or sarapan pagi. senang ja mau buat and hasilnya memang perghhh sedaap!! lagi² bila makan time panas² baru kuar dari oven memang bertambah² la makan :D
Bahan²:
10-12 keping roti
2-3 pisang masak
peanut butter secukupnya
chocolat rice
kismis
Bahan A:
2 cawan susu segar
1 sudu besar gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B:
1/4 sudu serbuk kayu manis
1 sudu besar gula *(satukan kedua² bahan ini)
Cara² membuatnya:
1) Mulakan dengan bahan A: pukul gula dengan telur menggunakan whisk. then masukkan telur and esen vanilla and gaul sebati.
2) Panaskan oven pada suhu 170°C. sapukan butter pada permukaan acuan.
3) Sapukan roti dengan peanut butter and potong kepada 4 bahagian.
4) Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang dipermukaan acuan, boleh juga ditaburkan chocolat rice kalau suka.
5) Lapiskan lagi dengan kepingan roti mengikut cita rasa sampai habis.
6) Tuangkan bahan A sehingga rata. Kemudian taburkan chocolat rice, kismis and bahan B.
7) Biarkan sebentar supaya bahan A menyerap dalam roti.
8) Bakar selama 35-40 minit atau sehingga keperangan pada suhu 170°C. Hidangkan.
hasil selepas masak. sedapppp!
dimanche 18 mars 2012
Sambal telur.
salam.
ni menu simple, sesuai di masak time banyak kerja mau dibuat macam harini. besalah, time hari ahad barula kelam-kabut mau siapkan sumanya, kan? :p
Bahan²:
3 or 4 biji telur
1 biji bawang besar (dihiris²)
Air asam jawa
sedikit belacan
Tomato
Bahan² kisar:
1 biji bawang besar
1 inci halia
Beberapa keping lada kering
Cara² buat:
1) Rebus telur.
2) Tumiskan bahan² kisar, kemudian masukkan belacan. kacau sampai naik minyak.
3) Kemudian masukkan air asam jawa. kacau.
4) Akhir sekali masukkan bawang and tomato.
5) Tuangkan kuah di atas telur yang sudah dipotong dua. Hidangkan.
Tiramisu
salam.
kemarin buat tiramisu. macam besalah teringinn :D so I searched for recipes di youtube and found one. hasilnya, sedapp tapi manis >< nampaknya nanti len kali kena kurangkan gula. sumber sila klik sini (attention: vid ni in french :) )
Bahan²:
~ 25 batang biskut lady finger
3 biji telur
250g gula (lain kali just letak 200g untuk kurangkan manis)
250g mascarpone / cream cheese
sedikit garam
air nescafé yang telah disejukkan
serbuk koko sebagai hiasan
Cara² buat:
1) asingkan putih and kuning telur dalam 2 mangkuk yang berbeza.
2) tambahkan gula dalam kuning telur dan kacau dengan senduk kayu sampai dia kembang. kemudian masukkan mascarpone dan kacau sebati.
3) tambahkan secubit garam ke dalam putih telur dan kacau dengan mixer sampai kembang. fungsi garam tu supaya senang and cepat putih telur kembang.
4) tuangkan putih telur ke dalam mangkuk yang lagi satu, dan kacau perlahan².
5) celupkan biskut ke dalam air nescafé dan cepat² susun di atas permukaan tupperware. kemudian sapukan campuran cream tadi. ulang langkah ni sampai cream habis.
6) taburkan serbuk koko atas kek. sejukkan dalam peti sejuk selama sekurang²nya 3 jam. hidangkan.
samedi 17 mars 2012
Ikan Masak Kicap.
salam.
harini teringinla pulak makan ikan. so i decided to cook ikan masak kicap. tadi pergi supermarket ramai gila orang beratur mau beli ikan fresh, last² beli jalah ikan filet. lagi senang. tinggal masak ja, xpayahla siang lagi :p
Bahan²:
Ikan
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
1 sudu pes tomato
1 biji bawang (dihiris²)
garam/ gula
Bahan² kisar:
1 biji bawang besar
1 inci halia
lada kering
Cara² buat:
1) perap seketika ikan dengan kunyit dan garam, kemudian goreng.
2) dalam kuali lain, tumiskan bahan² kisar, kemudian masukkan kicap, sos tiram dan pes tomato. masukkan sedikit air.
3) masukkan ikan dan bawang. biarkan seketika.
4) tambahkan garam dan gula, ikut citarasa.
5) hidangkan. sesuai dimakan dengan nasi panas².
5) hidangkan. sesuai dimakan dengan nasi panas².
Makaroni bakar.
salam.
sempena menyambut kedatangan tetamu yang datang dari Dublin minggu lepas, dila pun tryla buat makaroni bakar. first tryla ni, dulu penah makan, tapi macam besala, orang lain yang buatkan hee :D not badla jugak walaupun men hentam ja :D
sempena menyambut kedatangan tetamu yang datang dari Dublin minggu lepas, dila pun tryla buat makaroni bakar. first tryla ni, dulu penah makan, tapi macam besala, orang lain yang buatkan hee :D not badla jugak walaupun men hentam ja :D
Bahan²:
250g makaroni (dimasak dalam air mendidih)
400g pes tomato spaghetti (dila guna jenama Panzani)
250g daging kisar
Sebiji bawang (dihiris²)
Cendawan dalam tin
Cheese parut
Bahan² untuk sos bechamel:
250g susu
1 sudu tepung
Sedikit butter
Cara² buat:
1) tumiskan bawang. kemudian masukkan daging. kacau sehingga daging masak.
2) masukkan pes tomato beserta cendawan dalam tin yang dihiris² nipis. biarkan seketika.
3) kemudian masukkan makaroni yang sudah masak tadi. gaul rata.
4) panaskan oven pada suhu 180°C.
4) untuk sos bechamel, masukkan kesemua bahan tadi dan kacau di atas api sederhana sehingga sos menjadi pekat.
5) masukkan adunan makaroni tadi dalam acuan. kemudian ratakan sos bechamel di atasnya. taburkan cheese parut. masak dalam oven pada suhu 180°C selama 30-40 minit atau sehingga permukaan adunan jadi kekuning²an.
Oreo Cheesecake.
salam.
lama suda nda update blog. uhuk uhuk. so memandangkan hari ni hujan and nda dapat keluar, so bolehla profiter bien harini untuk update blog masak ni :D 2 minggu lepas, dila buat oreo cheesecake. teringin mau makan. and macam my previous cheesecake, cheesecake ni lebih kurang ja cara buat dia. yang pentingnya sedap :D
sila rujuk link ni untuk resepi ehh. malas mau taip banyak² hihi :p
samedi 11 février 2012
Laksa Johor.
salam.
nilah projek dila harini. haritu kawan ada datang ke rumah and masakkan dila laksa johor ni. memang sedap! btw ni resepi laksa johor version french punya yer, almaklumlah kat sini bukannya macam di Malaysia suma bahan ada (isk isk sedih). tapi tiapa, asalkan sedap bha kan, pa ko kisah? :p
Bahan²:
Ikan tuna dalam tin
2 sudu serbuk kari ikan
Sedikit santan
Sayur
Telur
Bahan² kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 genggam udang kering
5 batang cili kering
1 inci halia
Cara² buat:
Tumiskan bahan² kisar sampai naik bau, kemudian masukkan bancuhan kari ikan and biarkan sebentar. Kemudian masukkan air and ikan tuna. Biarkan mendidih. Masukkan santan dan garam. Hidangkan bersama mee kuning or spaghetti time panas².
tuna anyone? :D
Cheesecake mi-Ange mi-Démon
salam.
sebenarnya ni projek weekend minggu lepas, tapi sebab banyak sangat meroyan minggu tu so ndala terupdate² blog. kalau ditranslate nama cheesecake ni jadi cheesecake separuh angel separuh demon. héhé menarek kan? dulu dila pernah try buat cheesecake ni, lepastu teringin mau merasa balik sebab sedapp! and cara mau buat dia pun senang ja. macam buat cheesecake yang dila pernah buat sebelum ni :)
Bahan²:
750g cream cheese
80g gula
100g chocolat chips
4 biji telur
2 sudu sup tepung gandum / jagung
1ml esen vanila
serbuk koko untuk perhiasan
Bahan² crust:
200g biskut (dihancur²kan)
80g coklat (70% kandungan koko)
30g butter
Cara² buat:
- Panaskan oven pada suhu 150 °C.
- Cairkan coklat dengan butter, kemudian campurkan dengan biskut yang sudah dihancur²kan tadi. Tuangkan campuran tersebut ke dalam acuan dan mampatkan. Biarkan di dalam peti sejuk sementara kita menyediakan adunan kek.
- Di dalam satu bekas, kacau telur dan gula, kemudian masukkan tepung, esen vanila dan cream cheese. Kacau hingga sebati. Last sekali masukkan chocolat chip.
- Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan dan biarkan masak dalam oven selama lebih kurang 45 minit.
- Biarkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidangkan.
- Kalau suka boleh taburkan serbuk koko di atas permukaan kek sebagai perhiasan.
- Kalau suka boleh taburkan serbuk koko di atas permukaan kek sebagai perhiasan.
jeudi 2 février 2012
Fettuccine Alfredo.
salam.
haritu beli buku masak baru sebab kebanyakan resepi dari msia xleh mau pakai sebab bahan² banyak teda :( so belilah buku masakan in french. ramai orang kata masakan orang french sedap. aku pernah rasa sekali ja di Paris haritu, restoran masakan french halal, siyes sedap! nanti akan try, iA. untuk harini just try this italian dish sebab malas mau masak and memandangkan masak dish ni senang and nda guna banyak bahan, so just go for it la kan :)
makan untuk seorang
bahan²:
125 g fettuccine / spaghetti
20 g butter
125 ml cream liquide
10 g cheese parmesan parut (dila guna cheese emmental)
garam
daun basil untuk hiasan
*boleh masukkan ayam jugak sebagai tambahan, dila goreng dulu ayam berasingan sebelum buat sauce dia.
cara² buat:
1) rebus spaghetti dalam air mendidih (ikut instruction dekat paket spaghetti)
2) cairkan butter, kemudian masukkan cream liquide. bila campuran tersebut mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 5 minit sehingga sauce tadi menjadi pekat.
3) kemudian tambahkan cheese dan biarkan seketika selama 2 minit. sauce tadi akan menjadi lebih pekat bila cheese tadi cair dan bercampur dengan sauce tersebut.
4) campurkan sedikit garam. adun sekata sauce dengan spaghetti. taburkan daun basil.
Bon Appetit! ^^
From wikipedia:
Fettuccine Alfredo is a pasta dish made from fettuccine pasta tossed with Parmesan cheese and butter. As the cheese melts, it emulsifies the liquids to form a smooth and rich coating on the pasta. It was named by an Italian restaurateur at his restaurant Alfredo on the Via della Scrofa in Rome in 1914.
samedi 21 janvier 2012
Ayam Masak Rempah.
salam.
nilah projek dila harini. teringin mau mencuba resepi baru, tapi xmau buat yang amek masa lama sangat sebab kerja banyak weekend ni. cewah kunun haha. this ayam is sedap and sangatla berempah, sesuaila dengan nama yang diberi :p jumpa resepi ni di sini, di improvise sikit², almaklumla ada certain bahan tu xdapek nak dapat kat sini :)
Bahan²:
2 ketul ayam
1 1/2 sudu kari ayam (dibancuh ngan sedikit air)1/2 batang serai
Sedikit jintan putihSedikit air asam jawa
Beberapa titik kicap masin
Garam/penambah rasa
Bahan² kisar:
4 keping lada kering
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
sedikit kunyit
Cara² buat:
Tumis bahan kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan kari, kicap, jintan, serai dan air asam jawa. Biarkan sehingga masak. Masukkan garam/ penambah rasa ikut citarasa.
dimanche 15 janvier 2012
Blueberry Cheesecake.
salam.
cheesecake yang simple and senang dibuat :)
Bahan²:
200g biskut speculoos
75g mentega
200-300g blueberries
450g cream cheese
150g gula kastor
1 sudu kecil vanilla extract
3 biji telur
Cara²:
1) Panaskan oven pada suhu 180 °C. Lumurkan minyak/ butter di sekeliing acuan.
2) Hancur²kan biskut speculoos, kemudian gaulkan dengan mentega. Masukkan dalam acuan dan mampatkan. Taburkan blueberries di atas mampatan tadi, kemudian biarkan di dalam peti ais buat seketika.
3) Kacau cream cheese, gula, vanilla extract dan telur sampai kembang. Tuangkan dalam acuan dan bakar pada suhu 180°C selama 40 minit atau sehingga permukaan kek jadi kekuning²an.
4) Biarkan kek dalam peti ais selama beberapa jam untuk menghasilkan kek yang sejuk dan menyegarkan.
Selamat mencuba!
Udang Sri Rampai.
salam.
berbulan² sda nda makan udang. so kemarin tryla resepi baru yang senang² ajer, malas mau masak lama². and then terjumpa this resepi di sini, which I think sangatla simple and suprisingly, sedap!
Bahan²:
200/300 g udang
1 batang serai (dihiris² nipis)
5 biji cili padi (dihiris²)
sedikit air asam jawa
garam/ perasa
Bahan² kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit udang kering / belacan
sedikit kunyit
Cara² :
Tumis bahan² dikisar sampai naik bau. Masukkan bahan² yang dihiris² dan kacau lagi. Kemudian masukkan udang , garam dan air asam jawa. Tunggu sehingga mendidih (tidak perlu masukkan air sebab udang ni akan mengeluarkan air dengan sendirinya). Hidangkan.
p/s: sesuai di masak taim exam nanti. ahaks!
dimanche 8 janvier 2012
Cheese naan.
Salam.
teringin sangat mau makan cheese naan minggu ni. so kemarin tryla resepi cheese naan yang dapat dari youtube. ekceli senang ja rupanya buat, bahan² dia senang dapat and murah, cumanya kena ada kerajinan and kepakaran untuk menggiling / mengguling doh tu bila dah masukkan cheese dalam dia, sebab dila buat kemarin terkeluar² jugakla cheese dia. ahaks. xpala, nanti try buat lagi. practice makes perfect, right? ;)
Bahan²:
200 g tepung gandum
1 yogurt natural
4-8 portions of cheese la vache qui rit
2 cubit serbuk penaik
2 cubit gula
garam secukup rasa
Cara² membuatnya:
1) Masukkan tepung dalam satu bekas, kemudian masukkan minyak dan gaul hingga sebati.Kemudian masukkan garam, gula, serbuk penaik dan air jika perlu (if adunan terlalu kering)
2) Bulatkan doh dan letakkan minyak disekelilingnya. Lembutkan doh dengan menghentakkan doh di atas chopping board. Biarkan selama 3-4 jam.
3) Panaskan oven pada suhu 230°C selama 15 minit.
4) Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Canai leper, kemudian letakkan cheese di tengah² canai tersebut. Tutup rapat dan canaikan leper.
5) Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 230°C.
naan yang dila buat ni tebal semacam so kalo nak tengok contoh tengok kat sumber ni ek. it's in french, so kalo xfaham just tengokla camna akak ni buat eh.
till then :)
Inscription à :
Articles (Atom)